RSS
 

Tip Untuk Tidak Melengahkan Masa & Kerja

27 Apr

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

 

Artikel Oleh : Irfan Khairi, Jutawan Internet

P/S: Jangan melengahkan masa untuk menambah pendapatan di Internet menerusi Ads4bucks. Jom Klik di sini.

 
 

Formula Mengelak Penipuan SCAM – “NO SCAM!”

06 Apr

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dah lama rasanya tak update blog ni… Perasan sibuk kebelakangan ini… Apa-apa pun diharapkan anda sentiasa bersemangat dan terus mengejar impian untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat…

Baiklah, kali ini saya nak kongsikan sedikit tips dengan anda berkaitan Internet…

Baru-baru ini, sering dengar di berita, radio dan akhbar mengenai kes-kes penipuan di Internet. Dari kes pembeli membeli iphone, tetapi mendapat lesung batu, sehingga ke kes-kes penipuan yang bernilai puluhan ribu ringgit.

Namun, di sebalik masalah yang ada, terdapat banyak lagi kisah-kisah kejayaan di Internet. Sememangnya lumrah, berita buruk dan kisah yang “bermasalah” dan negatif akan sering mendapat liputan media berbanding dengan kisah “Kejayaan” dan cerita-cerita positif.

Sebagai pengguna dan pembeli di Internet, kita sendiri perlu mengambil langkah berhati-hati supaya tidak tertipu di Internet. Ia merupakan tanggungjawab kita juga supaya lebih peka dan tahu tentang cara mengelakkan diri kita tertipu di Internet.

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • Meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak dibayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • Membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • Tertipu pada sesuatu SCAM

 

Tip kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N bermaksud: NAME.

 

NAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

 

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

 

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

 

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

 

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? 

 

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM, apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • – NAME
  • O - OVER PROMISE
  • – SEARCH
  • – CONTACT
  • – ASK
  • M - MAKE SURE!

 

# Artikel oleh Dr. Irfan Khairi – Jutawan Internet

# Berminat untuk menjana pendapatan dengan Ads4bucks, klik Sini…

 

Pernah Tak Terbayang…

05 Mar

Pernah tak terbayang…

 

Satu pagi anda terjaga dari tidur, anda tidak perlu pergi kerja lagi. Bukan sebab dibuang kerja. tapi pilihan anda untuk tidak meletak masa depan anda dan keluarga di tangan orang lain.

 

Pernah tak terbayang…

 

Satu pagi anda terjaga dari tidur, anda bertanya kepada isteri dan anak-anak

“Nak ke mana kita hari ini?” “Nak balik kampung”. Kemas barang dan terus jalan.

“Nak ke mana kita hari ini?” “Bercuti ke Pulau Tioman, ayah”. Kemas barang dan jalan.

 

Pernah tak terbayang…

 

Percutian anda bukan sahaja dalam negeri, malah luar negara. Bawa isteri dan anak-anak melihat dunia luar dari persekitaran rumah. rupa-rupanya ada kehidupan yang hebat di luar sana

 

Pernah tak terbayang…

 

Duit dan masa bukan lagi satu isu dalam hidup anda. Hidup bebas daripada hutang kerana anda mampu.

Anda bebas ke mana sahaja dengan keluarga bila-bila masa. 24 jam untuk keluarga.

 

Segala-gala dalam hidup anda dibayar tunai termasuk rumah, kereta, pengajian anak-anak, apa sahaja kerana anda mampu, segala permintaan anak-anak tiada lagi alasan untuk anda kata tidak, kerana anda mampu.

 

Anda boleh membantu sesiapa sahaja di dunia ini yang dalam kesusahan kerana anda mampu.

 

Menunaikan Haji dan umrah untuk seluruh kaum keluarga anda kerana anda mampu. Tubuhkan dana untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, anak-anak yatim kerana anda mampu.

 

Paling seronok, bukan hanya anda bebas masa dan kewangan, tapi juga anda mampu untuk membantu mereka mengubah masa depan mereka.

 

Pernah tak  terbayang…

 

Sakit pening anda dan keluarga tidak perlukan ‘approval’ dari orang lain untuk mendapatkan rawatan. Anda hantar isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan terbaik daripada pusat rawatan bertaraf 5 bintang kerana anda mampu.

 

Renungkan seketika…

 

Adakah rumah yang kita tinggal sekarang ini adalah rumah impian atau sekadar rumah untuk berteduh?

 

Adakah kereta yang kita pandu sekarang ini kereta idaman atau sekadar kenderaan untuk mudah bergerak?

 

Adakah anak-anak kita sudah diberi kehidupan terbaik atau mereka perlu cari sendiri  kerana kita sendiri tidak pernah diberi kehidupan terbaik oleh ayah & ibu kita dahulu?

 

Adakah kita bahagia dengan kehidupan sekarang?

 

Rutin :

 

- Bangun pagi hantar anak ke nurseri. Pergi kerja tempuh jam.

- Bermula kerja jam 9 pagi – berakhir 5 petang. Kadang-kadang OT sampai jam 10 malam

- Balik kerja sekali lagi tempuh trafik jam.

- Ambil anak kemudian bergegas balik masak untuk keluarga.

- Lepas makan malam, lepak depan tv sehingga habis siaran.

- Masuk tidur.

 

Esok bangun pagi. Segala rutin bermula lagi. Sedar tak sedar itulah kehidupan kebanyakan orang-orang biasa dan ada yang dah bertahun-tahun. Tiada PERUBAHAN

 

Pernah tak  terbayang…

 

Anda bebas dari rutin ini?

Rutin di atas adalah pilihan kita sendiri. Soalnya sampai bila?

 

Jika masa menjadi penghalang anda untuk menikmati gaya hidup terbaik, anda tidak akan ada masa sampai bila-bila untuk diri dan keluarga.

 

Jika sibuk menjadi alasan anda untuk mencapai segala impian anda, anda sebenarnya sibuk memenuhi impian orang lain.

 

Jika anak-anak menjadi alasan untuk anda tidak boleh keluar dari rutin, kenapa tidak terbalikkan ayat itu, “aku perlu keluar dari rutin demi anak-anak.”

 

PILIHAN di tangan anda.

 

Anda mungkin tidak mempunyai impian atau impian anda dah lama terkubur. Tapi lakukan sesuatu untuk penuhi impian anak-anak dan mereka yang anda sayangi.

 

Hakikat, memang tidak semua orang dalam dunia ini ditakdirkan untuk hidup senang-lenang.

 

Ada yang hidup miskin, sederhana, kaya, kaya raya.

 

Kenapa timbul kenyataan, “Nak buat macam mana dah takdir aku hidup miskin/ sederhana”?

 

Bila lihat orang lain memandu kereta berharga ratusan ribu, tinggal di mahligai, kehidupan hebat, itu bukan sahaja takdir tapi PILIHAN mereka.

 

Mereka memilih untuk hidup jauh berbeza daripada orang lain.

 

Tapi soalnya kenapa orang lain? Kenapa tidak KITA sendiri buat pilihan yang sama?

 

Bila peluang datang….

 

Anda bertanya “Apa tu? Macam mana? Betul ke macam tak percaya? Ini bukan untuk aku! tak pandai! sibuk! malas! tak ada masa! anak kecil lagi! tak sesuai! alah sama saja!”

 

Peluang itu berlalu, dan diambil oleh orang lain. Orang lain itu bertanya “Kenapa tidak?” Orang lain buat pilihan untuk rebut peluang depan mata.

 

Anda masih meneruskan pencarian….

 

Kita selalu berkata..

“Jika aku diberi peluang….Jika…Jika…Jika…dan terus Jika…

 

HIDUP HANYA SEKALI, dan biarlah kehidupan yang SEKALI ini memberi manafaat kepada DUNIA dan kehidupan di dalamnya..

 

Berusahalah yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Perubahan hanya berlaku bila kita buat PILIHAN.

 

Impian tanpa tindakan hanya angan-angan. Berhati-hati…

 

Setiap hari kita berhadapan dengan PILIHAN, dan setiap pilihan itu akan menentukan masa depan kita… oleh itu buatlah pilihan yang membuatkan kehidupan anda lebih baik…

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

“Kehidupan kita di dunia ini umpama pentas lakonan. Kita yang jadi pelakonnya dan kita juga yang jadi penontonnya. Setiap hari yang kita lalui juga merupakan satu proses pembelajaran yang tak ada titik penamatnya. Satu episod demi satu episod kehidupan kita terokai. Proses ini akan berterusan pada setiap hari sebaik saja kita celikkan mata. Proses ini akan terhenti bila kita pejamkan mata tapi tak celik-celik lagi..

 

Fikir-fikirkanlah…

 

# Artikel oleh Tuan Jailanee Othman

# Untuk anda yang masih tercari-cari sumber pendapatan, disinilah tempatnya… Segera Bertindak!

 

TAHNIAH…!!! Top Affiliates Ads4Bucks 2011

15 Jan

JUTAAN TAHNIAH saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya di Ads4Bucks yang berjaya mencapai kejayaan menjadi Top Affiliate Ads4bucks sepanjang tahun 2011 yang lalu… Anda sememangnya layak memenangi Anugerah tertinggi tersebut. Tahniah juga kepada Kumpulan Sixtyninez Academy dengan kejayaan berganda. Andalah inspirasi saya dan rakan-rakan yang lain untuk terus berdaya saing dan menuju puncak kejayaan…

Berikut saya kongsikan kepada anda senarai nama Top Affiliates Ads4Bucks 2011 :-

1. Diamond Million Dollar Club, En. Ahmad Zulfaisal Bin Jamaludin.

2. Diamond Million Dollar Club, Pn. Zaliha Bt. Abdul.

# Antara ganjaran Utama yang menanti tiap pemenang adalah Pakej Pelancongan ke Eropah, Timur Tengah atau ke China…

# Setiap pemenang akan dirai dan diberi Anugerah pada Malam Konvensyen Ke-3 Ads4bucks, bertempat di Palace of Golden Horses pada 24 Mac 2012 nanti…

# Pada malam Konvensyen tersebut, terdapat cabutan bertuah yang sangat hebat… Sebuah Produa Viva menanti Anda yang bertuah…

# Tahun 2009/2010... Saya turut naik ke Pentas sebagai Penerima Anugerah Blog Terbaik Ads4bucks… Adakah tahun ini Anugerah tersebut masih milik saya atau sudah ada pencabar yang lain… Sama-sama kita nantikan.. hehe :)

# Siapa lagi yang nak sertai saya di Ads4bucks, kita buat duit sama-sama dan kita usaha capai segala impian yang kita impikan selama ini… Klik SINI untuk sertai Ads4bucks….

 

 

11 Langkah Mencapai Apa Sahaja Matlamat 2012 ANDA!

27 Dec

#1.  Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

“Tanpa Keinginan, Matlamat Tidak Akan Tercapai”

 

#2. Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… Anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

 

#3. Tulis Matlamat Anda

Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

 

#4. Senaraikan Kebaikan Yang Anda Akan Kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai. Ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya…

 

#5. Cerminkan Diri Sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

 

#6. Tetapkan Deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bilakah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

 

#7. Ketahui Rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

 

#8. Ilmu Tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk anda punyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

 

#9. Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi, seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci, dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

 

#10. Bina Gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

 

#11. Janji Pada Diri Sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan, usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan, oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda, jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

 

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu diimplementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

 

> Artikel oleh Dr. Irfan Khairi

> Sertai Bisnes Alaf Baru disini…

 

Aesthetic4Skin | Produk Terbaru Ads4Bucks

05 Dec

Khas untuk ANDA yang inginkan kesegaran dan penampilan yang sentiasa menarik, Kini Ads4bucks memperkenalkan produk kecantikan terbaru untuk anda… Dikenali sebagai Aesthetic4Skin. Ads4bucks memperkenalkan dua jenama baru.. iaitu :-

1. DERMAGLOW GEL

Fungsi :-

DERMAGLOW GEL adalah gel unik kompleks pengelupasan yang mengandungi Bunga Raya, Bearberry, Enzim Papain, Likuoris, Ekstrak Protein Soya. Yang paling penting ia mempunyai kolagen dan sel stem epal. Gel pengelupasan ini adalah berbeza kerana ia boleh digunakan setiap hari. Menghilangkan semua kotoran tanpa perlu membasuh ia. Kulit akan menjadi lebih cerah, kukuh dan berseri selepas 5 minit. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit.

Cara Penggunaan :

Guna DermaGlow selepas membersihankan seluruh wajah. Gunakan setiap hari untuk mendapatkan kulit bercahaya. Guna dengan pergerakan bulat dan menaik ke muka atau badan. Urut perlahan-lahan sehingga DermaGlow gel menyerap ke dalam kulit. Biarkan ia dan jangan bilas.

2. DERMASHINE DAYCARE

Fungsi :-

Merupakan sebuah krim kompleks yang Mengandungi Pelbagai Jenis Tumbuh-Tumbuhan Seperti Sel Stem Epal, Vitamin B5, Vitamin E dengan lebih buah-buahan dan ekstrak tumbuhan untuk memberikan  perlindungan cahaya matahari SPF 40 dari UVA dan UVB yang memudaratkan. 10 fungsi dalam 1 botol. Sunblock Foundation yang dirumuskan khas untuk memberikan protein kolagen, sel-sel pembaharuan, membantu mengisi semula kelembapan kulit, sekali gus menjadikan kulit kelihatan lebih muda, sihat dan berseri.

Cara Penggunaan :

Sinar cahaya UV ini sangat mesra dan ringan. Ianya membantu menghalang kulit dari cahaya UVA dan UVB. Sapukan setiap pagi selepas sebelum terdedah kepada cahaya matahari. Dengan penggunaan yang kerap, kulit akan menjadi kristal, bersinar dan berkilau… Kesan akan lebih elas dalam masa 1 hingga 2 minggu.

 

# Kini, anda bukan sahaja dapat mengekalkan penampilan dan kecantikan anda, malah dapat menjana pendapatan secara pasif dengan Ads4bucks.com

# Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan hebat, sebanding produk kecantikan yang lain. Harga promosi RM210 sahaja…

# Produk ini mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan Halal digunakan…

# Dapatkan Produk Aesthetic4Skin ini sekarang, hanya di Ads4bucks…

 

Apakah Ertinya Bebas Kewangan…

21 Nov

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang rakan saya yan merupakan seorang pakar dalam bidang kewangan. Katanya, tak lama lagi, 2012, sekali lagi kita akan dilanda krisis kewangan. Ini kerana kini boleh lihat keadaan ekonomi di dunia (dan Malaysia) yang menunjukkan trend ke arah ini. Namun, katanya, ia tidaklah seteruk kemelesetan ekonomi yang terjadi beberapa tahun lepas.

Sama ada betul atau tidak berita ini, kita semua perlu berhati-hati dalam pengurusan kewangan kita. Bak pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”.

Teringat keadaan ekonomi yang tidak stabil beberapa tahun lepas memberi impak dan juga kesedaran bagi ramai untuk lebih peka dengan keadaan pengurusan wang. Namun, seringkali apabila keadaan menjadi stabil, mula pula lupa tentang pentingnya pengurusan wang. Bila dalam keadaan terdesak, barulah kita kelam kabut mencari penyelesaiannya.

Perkara ini tidak sepatutnya terjadi oleh kerana masalah wang, adalah seperti masalah kesihatan. Lagi awal kita dapat ‘detect’ masalah tersebut, lebih mudah kita boleh cari ubatnya- sebelum terlewat.

Artikel kali ini bertajuk “Apakah ertinya bebas kewangan?”

Mudahan anda mendapat manfaat dan sering menyediakan payung sebelum hujan! ;)

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)

Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.

  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000 – Ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan

 

Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!

# Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Ads4bucks sekarang… Jadikan Azam baru 2012 untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!

# Artikel oleh Dr. Irfan Khairi

 
 

Gagal Dalam Bisnes… Frustnya!!!

17 Nov

Pernahkah anda mengalami kegagalan dalam menjalankan bisnes. Ramai yang gagal dan itu tidak dinafikan. Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih… siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?

 

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tetapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti

 

  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!

 

  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

 

Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, “Why do we fall?”, dan jawapan yang dia dapat adalah “Because we can learn to pick ourselves up again!”

 

So, don’t worry. Be happy… tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

 

# Artikel dikongsi oleh Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia)

# Jom kita naik semula bersama-sama saya di Ads4bucks… Kita All Out sampai berjaya!

 

LIMA (5) Sebab Kenapa Tidak Boleh Jadi KAYA!!!

09 Nov

Saya akan kongsikan/dedahkan LIMA (5) sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya… dan bagaimana ANDA tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah. Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

 

Sebab # 1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.

 

Sebab # 2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti : Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada…

 

Sebab #3 : Fokus Kepada Pendapatan Aktif Daripada Pasif

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata “Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya.”

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

 

Sebab # 4 : Tidak Faham Atau Tidak Gunakan Sistem Menjana Duit

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

 

Sebab # 5 : Tidak Cukup Sabar Dan Tiada Keazaman

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah… Anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

 

P/S : Jika anda membaca sehingga ini, saya tahu anda serius untuk mempunyai satu sistem menjana duit secara pasif. Saya akan tunjukkan kepada anda bukti yang saya gunakan untuk buat duit ketika saya sedang beristirehat dan beriadah di rumah, dan juga ketika sedang  zzzzzz ;)

P/S : Sertai saya hari ini dengan hanya MODAL RM210, dan saya akan tunjukan bagaimana anda boleh jana RM300 hingga RM1,200 sehari dari rumah dengan mempromosi system hebat ini diinternet.

P/S : Testimoni Peserta – “Sebenarnya saya berjaya pun dalam keadaan yang tidak sedar, saya buat ini pun orang kata pakai masuk dan redah saja… Tapi dalam masa dua minggu buat saya berjaya dapat RM3 Ribu, kemudian dalam masa sebulan saya mendapat RM5 ribu. Bulan berikutnya naik kepada RM7 Ribu, tak cukup setakat itu… ia semakin naik dan naik, dan tak ada pun yang turun… asalkan kita buat, kita pasti dapat… Alhamdulillah setelah Enam bulan menyertai bisnes ini, untuk mendapatkan income lima angka sudah tidak mustahil pada saya… Kini saya berjaya memperolehi hampir RM30 ribu setiap bulan…” – Puan Roshaida Abd Latif (Suri Rumah)

P/S : Klik disini untuk mulakan tindakan pertama anda… Ayuh ubah kehidupan!

 

 

Taklimat Peluang Perniagaan

31 Oct

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia…

Hai kawan-kawan semua, apa kabar..? Harap cuti minggu ini dapat berehat bersama keluarga tercinta… Saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua tentang apa yang saya buat sekarang…
Sebelum itu, mari kita dengar apa kata mereka tentang Program ini…
.
“Mendapat pendapatan TAMBAHAN yang sangat HEBAT! Taklah banyak, sekitar RM1,200 – RM2,600 sehari je… Berbanding dengan SIFU saya yang mendapat sekitar RM11k ke RM15k sehari – HEBAT tak…? Pada saya sangat-sangat HEBAT” – En. Jailanee Bin Othman (Jurutera)
-
“Sebenarnya saya berjaya pun dalam keadaan yang tidak sedar, saya buat ini pun orang kata pakai masuk dan redah saja… Tapi dalam masa dua minggu buat saya berjaya dapat RM3 Ribu, kemudian dalam masa sebulan saya mendapat RM5 ribu. Bulan brikutnya naik kepada RM7 Ribu, tak cukup setakat itu… ia semakin naik dan naik, dan tak ada pun yang turun… asalkan kita buat, kita pasti dapat… Alhamdulillah setelah Enam bulan menyertai bisnes ini, untuk mendapatkan income lima angka sudah tidak mustahil pada saya… Kini saya berjaya memperolehi hampir RM30 ribu setiap bulan…” – Puan Roshaida Abd Latif (Suri Rumah)
-
“Peringkat permulaan saya join saya berjaya dapat RM2 ribu pada bulan pertama. Dan seterusnya saya buat lagi, saya dapat lagi RM2 Ribu pada bulan berikutnya. Pada ketika itu ianya sudah memadai bagi saya. Dalam pada itu saya belajar lagi tenang bisnes ini, belajar dan belajar… Alhamdulillah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM5 Ribu. Dan saya belajar lagi tentang bisnes ini… sehinggalah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM15 Ribu… Kini hampir tiap-tiap bulan saya menjana pendapatan RM30 ribu sebulan melalui bisnes ini.” – Ustaz Mohd Zohdi Mohd Amin (Pensyarah)
.
Baiklah,
.
.
Kepada ANDA yang :-
.
# Mempunyai HUTANG dan nak menyelesaikan HUTANG dengan cepat…
.
# Dah BOSAN kerja makan gaji, asyik buat perkara yang sama, bertahun-tahun TETAPI kehidupan sama saja. TIADA perubahan – Cukup bulan dapat GAJI, bayar HUTANG, perbelanjaan anak-anak, bayar bil-bil dan minyak kereta/tol… Setiap bulan melakukan RUTIN yg sama…
.
# NAk merasa duduk rumah sendiri… Dah bertahun-tahun asyik MENYEWA je… Sampai bila…??
.
# Menyempurnakan HAJAT emak & ayah untuk menunaikan HAJI/UMRAH…
.
# Dah tak ada HUTANG! nak menambahkan SIMPANAN untuk anak-anak dan masa depan, simpanan masa TUA… Masa sakit, terlantar di HOSPITAL, bil-bil hospital…???
.
# Nak membantu adik-beradik, saudara-mara yang SUSAH…
.
# Berhajat nak melancong ke luar negara bersama keluarga setahun sekali, masa cuti sekolah…
.
# Ingin memiliki KERETA impian!!! Sebagai hadiah untuk diri sendiri…!!!
.
.
Kesemua IMPIAN/HAJAT ini mampu anda CAPAI dengan syarat… kita betul-betul nak akan ia..
.
Tidak ada seorang pun yang boleh memaksa kita untuk kita menjadi KAYA, sebab kehidupan kita hari ni adalah pilihan kita.
.
Kita Yang Menentukan…
.
# RUMAH apa yang kita nak duduk…
.
# KERETA apa yang kita nak pakai dan…
.
# PENDAPATAN yang banyak mana yang kita NAK setahun/sebulan/sehari malahan setiap minit…???.

Jangan Tanya, kenapa kita SUSAH… Lebih baik kita tanya… “Bagaimana kita boleh hidup lebih SENANG…!”

.
Saya ada FORMULA untuk kita merialisasikan IMPIAN kita melalui Program Keusahawanan On-line… Saya TAHU 100 sebab kenapa orang GAGAL dan hanya perlukan SATU sebab untuk seseorang itu BERJAYA….
# Tak kan setiap hari kita hanya nak melihat, mendengar tentang KEJAYAAN orang lain saja… ANDA bila lagi…???
.
# Untuk keterangan lanjut atau berminat untuk sertai Program ini, sila hadir ke Mercu View Resort, Bandar Tun Razak, Jengka Pahang, pada 16 Disember 2011, jam 8 Malam,  atau hubungi saya di talian 013-9199684 (Lokman)

 
 
 

Bad Behavior has blocked 6 access attempts in the last 7 days.