RSS
 

2) Kenali Ads4bucks

ADS4BUCKS Network Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan penjualan produk portal pengiklanan http://www.ads4bucks.com

ADS4BUCKS adalah gabungan Portal Pengiklanan & Program Affiliate.

INTERNET + TELEKOMUNIKASI + NETWORKING

OBJEKTIF ADS4BUCKS :

Membina sebuah Portal Pengiklanan yang POPULAR & mewujudkan komuniti usahawan yang mempunyai ilmu untuk mengembangkan perniagaan masing-masing melalui medium INTERNET sebagai salah satu cara pemasaran.

KONSEP PERNIAGAAN ADS4BUCKS?

1. Trading  On Line (E-Dagang) – Perniagaan yang dijalankan menerusi INTERNET

2. Rangkaian (Networking)

3. BUKAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) @ SKIM CEPAT KAYA.

ADS4BUCKS Network Sdn Bhd juga mempelbagaikan perkhidmatan dalam perniagaannya iaitu:

  1. ADS4BUCKS Cafe
  2. ADS4BUCKS Ekspress (Rangkaian Perkhidmatan Bas Ekspress)
  3. ADS4BUCKS HyperMall

ADS4BUCKS NETWORK SDN BHD (863787-X)


Alamat :

Blok B, 1-32A Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10am – 1am

email : admin@ads4bucks.com

Hubungi Ads4bucks :- Tel : +603 9286 1029 | +603 9286 2235 ; Fax : +603 9286 2157

………. ………

PENGERUSI ADS4BUCKS | Dr. Hj Zainol Anuar Bin Mohd Sharif 

Memperoleh gelaran Ph.D. dalam Control Engineering (khusus dalam Kawalan dan Robotik) dan pernah berkhidmat di Universiti Teknologi (UTM) sebagai pensyarah professor bersekutu hingga tahun 1991. Beliau kemudian bergabung dengan sebuah syarikat awam, Golden Hope Plantations Berhad, hingga tahun 1995, di mana beliau mendapatkan pendedahan yang luas dalam perdagagan antarabangsa dan pengurusan syarikat. Sepanjang tahun-tahun berikutnya, beliau juga mengikuti pelbagai kursus yang relavan, seperti Analisis kewangan, Pengurusan /Kawalan Projek, Amalan Pengilangan, Pengurusan Grid dan Pengurusan Pemasaran.

Dr. Zainol adalah pengasas Sure Return Corporation (M) Sdn. Bhd, CEO pertama dan sekarang menjadi Pengarah Urusan sejak Disember 2006. Sebelum Sure Return Corporation, beliau sangat aktif dalam penjualan langsung. Khususnya MLM dan networking dan telah mencapai tahap tertinggi. Beliau juga sangat aktif dalam persatuan dan telah menjadi Presiden Persatuan Edaran Langsung Malaysia (MDDA) selama empat tahun, antara 2005 hingga 2009. Sebagai Presiden MDDA, beliau sering menyumbang dalam pelbagai jawatankuasa dan aktiviti di Kementerian Kewangan EPU (Jabatan Perdana Menteri) dan agensi lain yang berkaitan.

Selain itu, Dr. Zainol juga sangat prihatin terhadap perkembangan dan prestasi Syarikat Ads4Bucks Network Sdn Bhd terutamanya program E-Commerce dikenali sebagai Ads4bucks dan aktiviti berkaitan lainnya. Pengalaman beliau yang luas dalam berbagai bidang akan membantu dan menjamin Ads4Bucks Network Sdn Bhd mencapai unjuran dan sasaran masa depan.

………. ……….

PENGASAS ADS4BUCKS | En. Ameer Noraizeedin Bin Abd Wahab

Dengan pengalaman yang luas serta mencabar dalam bidang Perniagaan, Pemasaran dan Rangkaian lebih dari 15 tahun, Beliau mempunyai kelebihan khusus dalam perancangan perniagaan syarikat bagi Modul Kreasi. Beliau juga pernah berkhidmat di AMBank Group sebagai Pasukan Pengurusan Kumpulan untuk beberapa tahun.

Beliau turut berpengalaman menyertai pelbagai Pengurusan dan Seminar Motivasi dan Kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN), Outbound School (OBS) dan lain-lain. Ketika ini, beliau bertindak sebagai jurucakap, motivator dan menyediakan pelbagai latihan serta motivasi pidato untuk pelbagai agensi syarikat antarabangsa.

Mempraktikkan sikap merendah diri dan penuh tekad menjadikan Beliau seorang yang berintegriti tinggi, ramah dan disegani oleh pelabur gergasi lain dalam industri ini.

Sebagai seorang yang optimis, Beliau percaya misinya untuk membangunkan Ads4bucks sebagai salah satu rangkaian pasaraya masa depan akan tercapai serta membina sebuah komuniti besar dengan pendapatan tambahan yang lumayan untuk semua individu di seluruh dunia. Impiannya adalah untuk melahirkan lebih banyak jutawan masa depan disamping untuk berkongsi idea dengan mereka yang berpandangan jauh dan memilih perbezaan dalam hidup.

………. ……….

 

Lesen Akta Jualan Langsung (AJL 931934)

# Merujuk kepada Akta Jualan Langsung & Skim Anti Piramid yang baru digazetkan, perniagaan yang melibatkan transaksi/produk elektronik dan berbentuk rangkaian (Networking) perlu mendapatkan Lesen AJL untuk beroperasi. Ads4Bucks tidak terkecuali. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah meluluskan permohonan lesen AJL untuk Ads4Bucks Network Sdn. Bhd. bagi kategori Berbilang Tingkat…

Lesen Pendaftaran Syarikat (SSM – 863787 X)

Lesen Dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

RAHSIA JUTAWAN INTERNET | PAKEJ & PRODUK | PELAN PEMASARAN | SERTAI ADS4BUCKS | TESTIMONI AGEN | SOAL JAWAB

Comments are closed.

 

Bad Behavior has blocked 6 access attempts in the last 7 days.