RSS
 

Archive for October, 2010

Siapa Pun Anda, Anda Memang Layak…

30 Oct

Disini kami akan membimbing dan menunjuk ajar anda tentang “Bagaimana Anda Boleh Mengiklan Dan Memulakan Perniagaan Anda Melalui Internet”. Caranya amatlah mudah, semudah A-B-C. Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam bidang IT atau pun Ahli Perniagaan yang hebat. Yang penting adalah keinginan untuk belajar dan boleh menerima pelajaran.

Disini anda akan pelajari tentang :-

  • Cara yang betul menjana pendapatan melalui medium internet – Pada ketika ini terdapat berbagai-bagai cara menjana pendapatan di Internet yang sering dipromosikan. Namun, kebanyakkannya tidak memberikan pulangan seperti mana yang sering diperkatakan. Anda akan mempelajari cara menjana pendapatan yang terbaik, iaitu cara yang digunakan oleh Jutawan Internet untuk memulakan perniagaan sendiri. Usah lagi membuang masa dan tenaga dengan menyertai skim-skim Internet yang tidak memberi pulangan seperti yang dijanjikan.

.

  • Elemen Dalaman Seorang Networker – Disini anda akan mempelajari dan berkongsi pengalaman tentang elemen-elemen dalaman yang perlu ada dalam seorang internet networker yang berjaya. Jika kita ingin menjadi seorang usahawan belajarlah di sekolah perniagaan,ingin menjadi lawyer belajarlah di sekolah perundangan dan jika ingin menjadi usahawan internet yang berjaya maka carilah usahawan internet yang telah berjaya.

.

  • Cara Bagaimana Anda Dapat Memulakan Perniagaan Di Internet Dangan Bermodalkan Kurang Dari RM250 – Anda akan dapat mempelajari cara memulakan perniagaan melalui Internet dengan kos yang rendah. Dengan menyertai kami anda akan mempelajari bagaimana anda dapat menjimatkan beribu-ribu ringgit dalam memulakan perniagaan di Internet.

.

  • Cara Membina Web Blog Yang Sangat Mudah Serta Latihan Lengkap – Untuk membina laman web blog, anda tidak lagi perlu mengetahui bahasa HTML atau menjadi pakar bidang IT. Kami akan menunjukkan kepada anda cara membina laman web anda sendiri dengan cepat dan mudah di samping menggunakan grafik dan imej profesional.

.

  • Cara Yang Betul Mempromosi Web Blog Anda – Dengan hanya mempunyai laman blog sahaja, ianya tidak mencukupi. Kami akan mengajar cara bagaimana anda dapat membina laman blog anda dan juga cara bagaimana anda dapat mempromosikan laman blog tersebut supaya dikunjungi orang. Dengan teknik yang betul dalam mempromosikan laman blog anda, anda akan dapat meraih lebih ramai pelanggan sedunia. Lebih dari 90% perniagaan di Internet gagal oleh kerana tidak tahu cara-cara promosi laman web dengan betul. Awas, mempromosi laman blog anda dengan cara yang salah seperti spaming dan menghantar junk mail bukan sahaja tidak efektif untuk mendapatkan pelanggan, tetapi ia juga akan memusnahkan kredibiliti perniagaan online anda.

.

  • Rahsia Kejayaan Ahmad Zulfaisal Menjana Pendapatan RM1 Juta Kurang Dari Setahun – Pelajari rahsia Ahmad Zulfaisal secara terus bagaimana beliau menjana pendapatan dengan pantas. Kami bukan syarikat Skim Cepat Kaya atau MLM tetapi ramai dari ahli kami kaya cepat dan telah dibuktikan.

.

Tidak kira sama ada anda seorang Ajen Insurans, Ajen Hartanah, Jurujual (Kereta, Produk Kesihatan Atau Barang Keperluan), Doktor, Doktor Gigi, Peguam atau apa jua pekerjaan profesional, ataupun sememangnya anda ingin menjalankan perniagaan bertumpu di Malaysia sahaja, Ads4bucks akan menunjukkan kepada anda peluang bagaimana Internet dapat digunakan dalam mencapai pasaran Malaysia. Jangan lupa, pasaran tempatan terdiri daripada lebih 15 juta pengguna Internet!

Siapa pun anda, anda memang layak untuk berjaya… Nak berjaya, ikut saja cara orang berjaya… Copy Paste aje!!! Nak jadi KAYA, ikut cara orang Kaya jadi Kaya… Klik Pengenalan | Rahsia JUTAWAN INTERNET untuk melihat kejayaan seorang anak muda bergelar JUTAWAN… Kita ikut cara dia buat duit!!!

 
 

Lima (5) Tips Motivasi Kewangan Dari JUTAWAN INTERNET

27 Oct

Berikut merupakan Tips Motivasi Kewangan oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi…  Buat perkongsian untuk kita bersama :

Ucap : “ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH”… Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang dan malam…

Buat Apa Yang Kita Minat… Buat apa yang kita cinta. Kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. Tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. Masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

Sekiranya Segalanya Tidak Seperti Kita Mahu… Atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. Dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi insan yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

Untuk BERJAYA, Kita Perlu Melatih Minda Kita Untuk Melihat Peluang-Peluang… Iaitu Peluang yang ada di sekeliling kita. Untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

Kita Akan Jadi Seperti Orang Yang Disekeliling Kita… Jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api… Begitu juga jika anda ingin kaya, kita buat apa yang orang kaya buat… Kita buat macam-mana mereka buat duit… Jalan dah ada, ikut saja… Nak jadi JUTAWAN, jom kongsi rahsia bagaimana menjadi JUTAWAN… Klik je PENGENALAN | RAHSIA JUTAWAN INTERNET

 
 

Apa Yang Ads4bucks Boleh Bagi Kepada Anda…

25 Oct

SATU PLATFORM BAGI MEWUJUDKAN USAHAWAN E-IKLAN

Dengan Ads4bucks kami memudahkan pengendalian perniagaan anda. Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan mudah, murah dan cepat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

UNTUK BAKAL USAHAWAN E-IKLAN

Kami menyediakan kelas bimbingan dan latihan untuk kejayaan perniagaan anda.

UNTUK YANG TELAH MEMBUAT PERNIAGAAN

Produk-produk kami mampu menjadi ‘booster’ yang akan membantu anda mengembangkan perniagaan anda dengan mengiklan, mempromosi dengan membuat hebahan melalui portal pengiklanan kami, menyampaikan maklumat dengan laman blog, membuat hebahan SMS dengan pantas dan cepat pada kos yang efektif serta membantu menyediakan dana modal dengan pelbagai pelan perniagaan yang kami sediakan.

YANG MENCARI-CARI PENDAPATAN TAMBAHAN

Dengan Ads4bucks anda berpotensi memperoleh pendapatan melalui Skim Insentif kami dengan pelbagai Insentif dan Komisen sebagai Agen Affiliat kami.

SIAPA YANG MEMERLUKAN SYSTEM ADS4BUCKS

- Usahawan Networking, MLM, Unit Trust, Insuran
- Individu, kumpulan, persatuan dan koperasi
- Jabatan kerajaan dan syarikat swata
- Yang Berhormat (YB), ADUN, Ahli Parlimen
- Sesiapa yang mempunyai perkhidmatan dan produk
- Sesiapa yang ingin menambahkan pendapatan dan nak buat duit

SERTAI KAMI SEKARANG!!!

Jadilah yang TERAWAL untuk memperoleh PENDAPATAN AKTIF dan PENDAPATAN PASIF dari:

PRODUK Ads4bucks
- Beri Khidmat
- Guna Sendiri
- Disewakan
- Beri Percuma

NETWORK Ads4bucks
- Komisen Agen
- Insentif Pembangunan
- Insentif Jualan Kumpulan
- Komisen Over riding

Ganjaran Menarik sebagai ‘TOP AFFILATE’ Kami:

- Komputer Riba
- Pelancongan Dalam dan Luar Negara
- Down Payment Kereta sehingga RM50,000
- Ansuran Bulanan sehingga RM6,000 sebulan
- Pin serta Sijil

***Tertakluk kepada terma & syarat

Tanpa Berlengah, Jom Ketahui RAHSIA Anak Muda ni menjadi JUTAWAN ADS4BUCKS…

 
 

Kenapa Mesti Perniagaan INTERNET

23 Oct

Internet kita lihat dari segi potensinya atau penggunaannya. Hari ini sama ada anda suka atau tidak, kita harus menerima kenyataan bahawa internet telah wujud dalam kehidupan kita. Sebagai contoh mudah, dahulu orang menghantar surat menggunakan khidmat binatang seperti burung dan sebagainya, tetapi ia semakin maju dan kini anda hanya perlu menggunakan emel untuk menghantar surat dan sebaginya. Sangat-sangat mudah bukan!.

Jika dahulu kita membayar wang secara tunai, dan kini tidak lagi apabila wujud pembayaran melalui internet, iaitu melakukan transaksi melalui internet. Sungguh hebat sebenarnya dunia internet!.

Hari ini dunia telah berubah tanpa kita sedar. Begitu juga dengan aliran kekayaan, turut berubah.

Sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda kenal siapa individu paling kaya di dunia sekarang?  Adakah anda kenal individu tersebut. Jawapannya adalah Bill Gates, pengasas Microsoft. Untuk pengetahuan anda setiap empat (4) saat, beliau menjana sebanyak RM 1 billion. Memang sangat-sangat lumayan! Jika kita dalam masa empat saat tersebut, berapa agaknya yang kita mampu dapat… 1-2-3-4, Ternyata tiada apa yang mampu kita dapat.

Bill Gates

Pernah dengar Google.com. tahukah anda siapa yang memiliki website tersebut? Beliau ialah Larry Page, orangnya masih muda dalam umur lingkungan 30-an sahaja, tetapi menjana pendapatan jutaan ringgit melalui website beliau.

Larry Page

Selain itu pernah tidak anda mendengar amazon.com, ebay.com dan sebagainya, sebahagiaan daripada golongan yang terkaya pada hari ini, iaitu lebih 40% daripada mereka membuat perniagaan berasaskan internet. Kini tiba giliran anda.

Di Tanah Air kita sendiri, Malaysia… Saya memilih seorang anak muda sebagai inspirasi saya dalam menjalankan perniagaan ini. Siapakah beliau?

Beliau merupakan seorang anak muda berbangsa Melayu yang telah menjana pendapatan sebanyak RM 1 juta pada usia 25 tahun! Apa yang beliau buat sebenarnya? Beliau telah menjual peta Malaysia kepada pelancong asing. Dalam masa tiga tahun sahaja beliau telah mengumpul sejumlah RM 1 juta dengan hanya menjual peta Malaysia di internet.!

Beliau ialah Dr. Irfan Khairi (IK). Begitulah kehebatan internet, sesiapa sahaja mampu menjana pendapatan hanya melalui mekanisme INTERNET.

24 jam sehari, 365 hari tanpa henti, tiada sesiapa yang mampu  menghentikan kuasa internet, melainkan kehendak Tuhan.

Nah! Apa lagi… anda sendiri pengguna INTERNET, pastikan potensi ini anda gunakan sebaik mungkin… Masih ada ruang untuk anda mencipta kejayaan melalui Perniagaan Internet… Saya hanya menunjukkan cara dan bagaimana untuk buat… tetapi keputusan tetap di tangan anda… Anda pilih Ya atau Tidak…

Nanti dulu…!!! Saya nak perkenalkan seorang lagi JUTAWAN MUDA INTERNET… Seorang yang sangat-sangat biasa, tapi mempunyai income yang LUAR BIASA… apa tidaknya, sebulan income beliau mencecah RM200 Ribu… memang dasyat… Siapa beliau ni… Orang panggil dia Zul Kecik… Nak TAHU RAHSIA ZUL KECIK… klik je kat PENGENALAN | RAHSIA JUTAWAN

 

Anda Seorang Yang Gagal, Jika Anda… (Samb)

18 Oct

6. Menunda Sesuatu Dengan Alasan Menunggu Waktu Sesuai

Ada segelintir individu yang gemar menangguhkan sesuatu kerja dengan alasan menanti waktu yang sesuai gitu juga untuk melakukanya. Sebenarnya tidak rugi melakukan sesuatu lebih awal daripada waktunya. Bukan sahaja anda berjaya menyelesaikan tugasan lebih cepat tetapi anda mempunyai masa jika terdapat pembetulan. Begitu juga halnya dengan anda yang mensia-siakan peluang perniagaan yang diperkenalkan kepada anda. Anda abaikan dan biarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa melihat potensi dan kelainan yang dibawakan.

7. Kurang Berdaya Tahan Dan Tabah

Tidak ramai yang kebal dan memiliki daya tahan yang tinggi dalam menghadapi sesuatu. Kebanyakkan sangat bersemangat pada awalnya tetapi mudah mengalah apabila menghadapi masalah.

8. Takut Gagal

Kegagalan seseorang sebenarnya banyak di pengaruhi oleh perasaan takut menghadapi kegagalan. Bagi mereka kegagalan adalah pengakhiran sebuah usaha dan kejayaan. Sebaiknya perbaiki kelemahan diri bagi mencipta kejayaan. Kegagalan yang sebenar adalah kegagalan tanpa usaha…

9. Rakan Perniagaan Yang Pasif

Sama seperti mencari pasangan hidup, pencarian rakan perniagaan juga tidak harus di pandang mudah. Oleh itu pastikan anda memilih rakan perniagaan yang mempunyai visi dan misi yang sama untuk membangunkan perniagaan anda. Jika saya, saya akan pastikan rakan perniagaan saya turut aktif sebagaimana saya… Kerana, ia sedikit sebanyak anda memberi kesan kepada perniagaan kita… Oleh itu, kerjsama dari rakan perniagaan adalah komitmen yang amat penting dalam memajukan sesebuah perniagaan.

10. Enggan Bekerjasama Dengan Pihak Lain

Ramai individu yang hilang peluang mengembangkan perniagaanya kerana tidak tahu menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak lain. Sikap negatif ini seharusnya dihindari sekiranya ingin menempah kejayaan. Bila wujudnya kerjasama, maka pelbagai masalah dapat diatasi dan seterusnya akan memperkembangkan lagi empayar perniagaan anda…

 

Anda Seorang Yang Gagal, Jika Anda…

17 Oct

Anda pastinya inginkan kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi. Namun bukan mudah untuk menempa kejayaan. Ada sahaja halangan yang menjadi faktor penghalang untuk anda berjaya. Berikut merupakan faktor-faktor yang menjadikan anda seorang yang gagal :

1. Tujuan Hidup Yang Tidak Jelas

Anda akan gagal jika anda tidak mempunyai tujuan untuk hidup. Tiada matlamat yang jelas adalah antara sikap individu yang gagal. Sebagai seorang yang berjaya, anda diwajibkan mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas… Sebagai contoh, hidup kita diatas muka bumi ini adalah untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT… Dengan adanya matlamat, maka tujuan hidup anda akan lebih jelas kerana ada panduan dan ikutan.

2. Tiada Inisiatif Meningkatkan Taraf Hidup

Seseorang yang tidak pernah mengambil peduli tentang masa depan atau mengubah taraf hidupnya tidak akan keluar dari kepompong kegagalan untuk selama-lamanya. Usaha perlu dilakukan  bagi meningkatkan taraf hidup. Berada di ‘zon yang selesa’ adalah tidak selamat untuk anda. Kerana anda hanya mementingkan diri sendiri. Selamanya anda akan gagal jika masih berada di tahap yang sama.

3. Tiada Pendidikan

Ramai orang beranggapan tahap pendidikan memainkan peranan yang penting untuk seseorang itu berjaya. Itu adalah tidak benar. Apa yang sepatutnya adalah usaha yang berterusan disamping keinginan untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Tiada pendidikan tinggi tidak bermaksud anda gagal. Kerana terbukti, ramai orang yang berpendidikan rendah mampu mengecapi kejayaan berkat kesungguhan dan kegigihan sendiri.

4. Tiada Disiplin Diri

Mendisiplin orang lain memang mudah berbanding memaksa diri sendiri untuk lebih berdisiplin. Penguasaan emosi amat perlu dalam usaha mengawal sesuatu keadaan. Ini kerana tanpa penguasaan emosi yang betul, kita pasti akan berhadapan dengan masalah apatah lagi yang berkaitan dengan urusan perniagaan.

5. Tubuh Yang Tidak Sihat

Tidak ada seorang pun yang mampu melaksanakan kerja atau tugas dalam keadaan tubuh yang sakit. Untuk itu, elakkan diri dari terdedah kepada jangkitan kuman dan amalkan gaya hidup yang sihat, jauhkan dari merokok, makan pemakanan yang seimbang dan banyakkan senaman.

Bersambung untuk Tips yang seterusnya…

* Anda masih tercari-cari peluang perniagaan di internet, klik je sini…

 

Promosi Gempak…! Beli Emas Dapat Platinum

17 Oct

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca….

Semoga anda sihat dan gembira dengan pekerjaan anda sekarang… Kepada mereka yang masih tercari-cari ‘income’ tambahan, maka anda berada ditempat yang betul…

Ini lah perniagaan Internet yang selama ini anda tercari-cari… bahkan telah berjaya mencipta JUTAWAN dalam masa kurang 1 tahun… terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak…

Kini, apa yang ingin saya kongsikan adalah suatu berita yang hebat lagi gempak… Ads4bucks telah menawarkan Promosi yang sangat-sangat hebat… Nak tahu promosi apa…. Anda beli Pakej Emas, dapat Pakej Platinum…

Berita baik! Pada 17 Oct 2010 ( 3.59 ptg ). Pakej Gold Buck anda akan dinaik taraf ke Platinum secara PERCUMA! Kepada sesiapa yang telah mendaftar dengan Pakej Gold Bucks sehingga tarikh tersebut, adalah layak untuk promosi ini. Sememangnya ia PERCUMA! Hanya untuk anda… Hanya di Ads4Bukcs!

Nak tahu lagi, baca je ni… Tapi sebelum jam 4 (17 Oktober 2010 – Ahad)… Siapa cepat dia dapat….

 

Tips Kewangan Dari JUTAWAN INTERNET

15 Oct

Berikut adalah antara 5 tip kewangan JUTAWAN INTERNET

  • Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit
  • PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
  • Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
  • Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

.

Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya, boleh sertai sekarang… sebelum tu layari page ini…

 
 

Anda… Adalah Faktor Utama Kesenangan!

11 Oct

Kesenangan adalah satu pilihan, begitu juga dengan kesusahan. Faktor luaran yang menyebabkan kesusahan kita hanya 10% , manakala 90% adalah faktor yang datang dari diri kita. Diri kitalah penentu kesenangan dan kesusahan.

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk kita berjaya. Namun yang membezakannya adalah malas atau rajin dan berapa lama masa yang diambil untuk berjaya. Tetapi dengan Ads4buck, jalan untuk berjaya adalah lebih mudah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk meraih pendapatan yang diimpikan.

Ads4bucks adalah portal iklan dan juga sebuah Program Affiliate yang berfungsi untuk menyediakan kemudahan iklan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Objektif Ads4bucks Networks Sdn Bhd adalah untuk membuat portal ini menjadi halaman paling popular di dunia dalam urusan pembelian dan penjualan online. Melalui konsep 100% atas talian, Ads4bucks yakin visi dan misi syarikat akan tercapai.

Ruang iklan dan kemudahan online yang disediakan oleh Ads4bucks boleh membantu anda menghasilkan pendapatan yang lebih konsisten. Anda tidak perlu menjadi agen berdaftar untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan anda. Sesiapa sahaja pun boleh menempatkan iklan secara percuma. Ads4bucks akan memastikan bahawa portal ini mendapat kunjungan ‘trafik’ tertinggi  dari pengguna internet sehingga membuatkan portal ini menjadi satu komuniti perniagaan yang sangat berjaya.

Jaringan Ads4bucks menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perniagaan yang mencabar di era internet yang serba hebat ini. Ini termasuk membangunkan strategi komunikasi dari awal, konsultasi dan eksekusi. Perkhidmatan Ads4bucks sangat terbukti dengan kajian yang menyeluruh, peralatan up-to-date dan sistem yang canggih. Jaringan Ads4bucks mempunyai rangkaian kenalan daripada pelbagai ahli dalam pelbagai industri. Hanya katakan dan Ads4bucks sedia menjamin perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Anda hebat!!! Teruskan bacaan anda disini…

 
 

Maher Zain | The Chosen ONE

09 Oct
YouTube Preview Image

Jom sama-sama kita dengar lagu dari Maher Zain, The Chosen One… Lagu yang diinspirasikan dari kisah kehidupan Nabi kita Muhammad SAW. Lagu ini sedikit sebanyak menyemarakkan rasa cinta kita kepada Junjungan Besar Nabi SAW…

Ambil kisah dan pengajaran dari lagu ini dan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita… Antara apa yang dipaparkan adalah kasih dan sayang Baginda kepada umatnya tanpa mengira latar belakang dan agama… Kasih sayang antara Baginda dan keluarga, kawan termasuk kasih sayang terhadapat haiwan…

Jelas sekali, Baginda sememangnya insan terpilih… Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sudah pastilah menjadikan kehidupan Nabi SAW sebagai contoh dan ikutan dalam kehidupan seharian kita… Cintakan Nabi bermakna cintakan Allah… Maka secara tak langsung segala amal dan ibadat yang kita buat, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah…

 
 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.