RSS
 

Archive for January, 2011

AWAS…!!! Jauhi Skim Cepat Kaya

31 Jan

Perkongsian kali ini ringkas sahaja, namun sangat-sangat berguna untuk anda… ia bekenaan Skim Cepat Kaya…

Kita sedia maklum, sudah ramai mangsa yang tertipu dengan pelbagai jenis skim yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat atau individu-individu di luar sana kerana inginkan kekayaan segera….

Pelbagai helah dan cara diguna untuk menarik orang awam menyertai skim ini… justeru, dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu anda bebas dari terlibat Skim Cepat Kaya…

.

Tips Untuk Anda mengenali Syarikat Skim Cepat Kaya

1. Perniagaan dikatakan secara e-dagang, namun pelan yang ditunjukkan dalam website/online presentation lebih menitikberatkan keuntungan besar serta mencari orang daripada kebaikan dan penjualan produk.

2. Keahlian percuma, namun disyaratkan untuk menjadi ahli dan untuk mendapatkan bonus perlu membeli pakej barangan tertentu pada jumlah yang tinggi.

3. Membeli dalam jumlah yang besar atau pakej tertentu atau perlu membuat pelaburan tanpa membeli barang. Kemudiannya mencari orang untuk membuat perkara yang sama.

4. Promosi dijalankan melalui pelbagai cara dengan menceritakan tentang keuntungan dan mencari orang daripada penjualan produk.

5. Boleh membeli kedudukan atau pangkat, sama ada melibatkan pembelian barang atau tidak.

6. Tidak menyediakan polisi beli balik dan kontrak bertulis atau perjanjian.

7. Tidak dibenarkan menarik diri atau memulangkan barang pada tempoh tertentu.

.

  • Diharapkan anda dapat ambil ikhtibar dan membuat keputusan bijak sebelum menyertai mana-mana program menjana pendapatan…
  • Untuk anda yang sememangnya tercari-cari program yang dapat memberikan income tambahan dan sah disisi undang-undang, saya syorkan anda program Ads4bucks…. Terbukti dan semakin mendapat sambutan ramai…. Kini, sedia membantu anda…
 

SCAM | Satu Bentuk Penipuan

29 Jan

Tahukah anda… Betapa mudahnya masyarakat kita terpedaya, hanya melihat keuntungan semata-mata sehinggakan apa yang dibina musnah segalanya… Kini tidak lagi, kerana saya akan berkongsi dengan anda FORMULA untuk mengenali SCAM….

.

Jom Kenali Penipu SCAM

“SCAM” ialah penipuan yang dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka.

.

Formula Mengelak Penipuan SCAM – “NO SCAM”

N – Name

SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan tersebut.

O – Over Promise

Pelaburan atau peluang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising atau janji yang berlebihan dan tidak masuk akal. Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE.

S – Search

Anda perlu membuat carian. Cara yang mudah adalah menggunakan enjin carian di dalam internet seperti Yahoo.com dan Google.com dan lakukan carian dengan cara menaip nama pemilik program tersebut.

C – Contact

Pastikan maklumat lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi dan lain-lain. Sekiranya ada, cuba hubungi secara terus untuk memastikan kewujudannya.

A – Ask

Tanya orang ramai, kenalan dan Tanya juga pakar-pakar industri. Jangan hanya Tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program tersebut.

M – Make Sure

Pastikan anda melakukan kesemua di atas, ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda.

Demikian perkongsian untuk anda. Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda mengalami kerugian wang ringgit, tetapi anda juga akan merugikan masa dan usaha anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut.

* Saya sedia dihubungi sekiranya anda percaya dengan saya dan apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk membantu memperbaiki taraf hidup saya dan keluarga. Saya juga sedia bantu anda dalam perniagaan ini… Saya hanya menunjukkan peluang dan jalan, keputusan sama ada anda sertai saya atau tidak, terletak ditangan anda…

 

AWAS…! Jauhi Penipuan Dalam Pelaburan Perniagaan

26 Jan

Salam 1 Malaysia,

Semoga anda berada dalam keadaan yang paling sihat hendak-Nya… Artikel kali ini, suka saya kongsikan dengan anda berkenaan Penipuan Pelaburan dalam Perniagaan… Mudah-mudahan ia dapat membantu anda kelak…

Penipuan pelaburan perniagaan adalah pelaburan yang boleh mengelirukan individu melalui pelbagai cara, antaranya :

1. Email

2. SMS

3. Internet

4. Jualan langsung dan sebagainya.

.

Mereka yang bertanggungjawab akan meminta maklumat peribadi individu tertentu untuk tujuan menipu serta mengaut keuntungan. Perlu diingat, sekiranya anda tertipu dengan skim-skim pelaburan yang menyeleweng, bukan sekadar wang anda yang hilang, malah segala usaha dan masa anda untuk memperolehi wang tersebut juga akan turut terbazir.

.

Antara Penipuan Pelaburan Perniagaan Yang Sering Terjadi :-

1. Cabutan bertuah yang melibatkan wang ringgit dan harta benda.

2. Gores dan menang.

3. Sijil Simpanan Premium.

4. Melalui penghantaran email yang meminta maklumat peribadi seperti maklumat akaun bank, nombor pin dan sebagainya.

5. Pelaburan indeks komoditi dan pelaburan mata wang asing.

.

Jangan Terlibat Dalam Mana-Mana Program Berikut :-

1. Menyertai sebarang skim “network” di internet yang meragukan.

2. Menyertai sebarang skim yang hanya perlu mencari “downline” atau agen dan ahli.

3. Menyertai sebarang skim “Autosurf” yang meragukan.

4. Menyertai sebarang skim berbentuk “Piramid” yang meragukan.

5. Menyertai skim yang hanya menjanjikan wang melalui surfing dan membaca email.

.

Langkah-Langkah Mengelak Diri Dari Ditipu :-

1. Bijak dalam membuat pelaburan wang anda.

2. Sekiranya ingin melaburkan wang anda, terdapat pelbagai kaedah yang lebih selamat dan terjamin seperti Ismalic Funds, Takaful, ASB dan sebagainya.

3. Kaji selidik terlebih dahulu dengan cara menghubungi institusi kewangan anda untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan pelaburan yang disediakan.

4. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan janji-janji yang diberikan.

.

AWAS…

Siasat latar belakang sesuatu syarikat pelaburan sebelum membuat keputusan…

Melaburlah dengan kaedah yang lebih selamat dan terjamin…

Sekian untuk kali ini, selepas ini saya akan kongsikan dengan anda berkaitan “SCAM”

* Jauhi sebarang perniagaan yang meragukan. Untuk anda yang masih tercari-cari bentuk perniagaan yang sah dari segi undang-undang, jom bersama saya di Ads4bucks.com…

 

Jom Bina Kedai Online Sendiri

18 Jan

Adakah anda seorang peniaga atau ingin menjalankan perniagaan berbentuk fizikal atau perkhidmatan di internet?

Jika ya, teruskan bacaan anda…

Tahukah anda, hari ini semakin ramai yang menggunakan kedai online sendiri untuk meluaskan pemasaran produk mereka. Sehinggakan ada yang sanggup membayarnya dengan harga yang tinggi untuk membina sebuah kedai online di internet. Manakala yang ada pengetahuan tentang shopping cart, mereka dapat memasangnya secara percuma sahaja.

Justeru, tidak hairanlah jika ada diantara mereka yang mendapat pendapatan pasif RM1000-RM5000 sebulan dengan hanya menjual tudung sahaja. Tudung merupakan salah satu produk fizikal yang sangat mendapat sambutan dan banyak dijual secara online.

Jika Anda ingin membina kedai online sendiri sebenarnya ada caranya dan ia percuma sahaja. Jadi Anda sudah boleh jimat berkali-kali ganda dengan membinanya sendiri.
Caranya pula bukan susah, malah sangat senang!

Di Ads4bucks, anda akan diberikan sebuah kedai online yang dikenali sebagai Ads4Mall. Anda bukan saja boleh jana pendapatan melalui kedai online anda, malah boleh perolehi dua income lain menerusi portal pengiklanan Ads4bucks….

Sebelum itu suka saya kongsikan beberapa tips untuk anda membina kedai online :

1. Kedai online mestilah menarik dan ada gambar tentang sesuatu produk. Jangan jadikan kedai online suam-suam kuku sahaja.

2. Susun atur produk mestilah teratur dan tidak berserabut. Saiz imej mestilah seragam.

3. Mesti mempunyai cara-cara untuk membuat pembelian melalui kedai online anda. Sama ada melalui perbankan online atau cash deposit atau paypal. Ini kerana kadang-kadang pelanggan tidak tahu bagaimana untuk membuat pembelian.

4. Selalu update dengan produk terbaru supaya pelanggan tahu yang anda serius untuk berniaga. Boleh juga adakan promosi tertentu untuk sela masa tertentu.

5. Pastikan kedai online adalah mesra pelanggan supaya tidak menyusahkan pelanggan dan mengakibatkan pelanggan lari.

Sebenarnya terdapat banyak panduan untuk membina kedai online sendiri secara percuma tapi saya amat sarankan Anda mendapatkan perkhidmatan ini dari Ads4bucks… Contoh Kedai online saya, anda boleh rujuk disini…

* Jika anda masih tercari-cari side income di internet, jom bersama saya sekarang… KIta buat duit hari-hari… Sebelum tu suka saya kongsikan satu cerita, cerita seorang anak muda berjaya dalam dunia perniagaan internet tak sampai setahun, dah menjana pendapatan RM1 JUTA… WOW!!! klik Pengenalan | RAHSIA JUTAWAN INTERNET sekarang!

 
No Comments

Posted in Ads4Mall

 

7 Prinsip Utama Menjalankan Perniagaan | Sebuah Perkongsian Dari Dr. IK

10 Jan

Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada  Dr. IK mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka.  Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai  tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat  membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep ‘entiti berasingan’ antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalan perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan ‘barakah’ dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, “Rome was not built in a day”.

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat… *Missing Text*

 

Membongkar Rahsia Kekayaan Facebook

03 Jan

Saya juga seperti anda, menjadi pengguna setia FACEBOOK untuk bersosial. Walaupun kita guna free dan tak bayar apa-apa, tetapi pemiliknya Mark Zuckerberg (26 Tahun, seorang Yahudi) menjadi Billionaire dalam masa lapan (8) bulan sahaja. Bagaimana mereka dapat duit? Siapa yang bayar? Pelik bin Hairan kan?…

Di sini saya akan bongkar rahsia kekayaan mereka.

Tanpa kita sedar, kitalah sebenarnya bertanggungjawab memberikan kekayaan kepada mereka. Fahami betul-betul :-

  • Setiap ‘KLIK’ kita itu mendatangkan satu ‘HIT’ kepada laman web tersebut.
  • Satu ‘HIT’ menggambarkan satu VISITOR/Pengunjung.
  • Apabila sebuah web free ini mempunyai ‘VISITOR’ yang ramai, bermaksud mempunyai TRAFIK yang tinggi.
  • Trafik yang tinggi menentukan ‘RATING’ web tersebut. Oleh kerana kita selalu KLIK pada Facebook , Facebook mendapat rating No. 2 selepas GOOGLE.
  • RATING ini menjadi perhatian dan tarikan kepada Syarikat Gergasi seperti BMW, SHELL, MCD, KFC… dan lain-lain untuk mengIKLANkan produk mereka di web tersebut. Syarikat ini tidak bimbang untuk membayar kos yang sangat banyak untuk PENGIKLANAN di laman web tersebut.

.

Formula : KLIK - HIT - VISITOR - TRAFIK - RATING - IKLAN - $ $ $ $

Sekalipun kita membantu laman web ini menjadi popular dan mendapat rating yang tinggi, kita tidak menerima apa-apa imbuhan. Betul kan? Anda seperti seorang pekerja gembira yang Tidak Berbayar…

Tetapi kami bersama komuniti Sixtyninez Group mengajak anda bersama-sama kami mempopularkan web iklan  dan laman sosial tempatan melalui program Affiliate yang telah disertai lebih dari 70,000 orang di seluruh dunia. Semestinya anda dibayar komisyen yang sangat lumayan melalui Program Daily Income sehingga mencecah RM960 sehari.

Oleh kerana program ini terbuka kepada semua orang, saya mempelawa anda untuk bersama-sama komuniti kami menjana pendapatan. Bersama-sama kita JIHAD EKONOMI.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut…

Lokman Hakim a.k.a Luqiem69z

013-9199684

lokmanhakims@gmail.com

http://luqiem1.ads4blog.net/about/

* Terkini… Nilai kekayaan Zuckerberg hampir AS$14 Billion (RM42.92 Bilion)…

 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.