RSS
 

Archive for February, 2011

Tiga (3) Cara Memulakan Bisnes Dengan Modal Minima

27 Feb

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan “Saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan”.

Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, saya syorkan supaya anda menyemak dan mengenalpasti tiga (3) kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu :-

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan. Ianya boleh dijalankan di mana saja anda berada dan pada bila-bila masa sahaja. Menarik bukan?

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools-tools Internet yang disediakan… Seperti e-Mall, Blog, SMS Blaster, Facebook, dan Paypal atau program seperti affiliat, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa.  Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dengan modal yang MINIMA, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mempromosikan perniagaan kita. Menarik bukan?

Kini, anda berpeluang untuk bersama-sama dengan JUTAWAN muda yang akan mendedahkan cara dan kaedah bagaimana memulakan perniagaan dari modal yang amat MINIMA… Sebelum itu, ayuh ketahui rahsia beliau berjaya mencipta status jutawan dalam usia yang sangat-sangat muda menerusi program affiliate  di Internet… Klik Pengenalan | Rahsia Jutawan Internet… untuk mengetahuinya…

 
 

2nd Ads4bucks Annual Convention & Global Awards Night

23 Feb

Pada 19 Februari 2011 (Sabtu) yang lepas, telah berlangsungnya Konvensyen Tahun Ke-2 Ads4bucks bertemakan “Glitz & Glam”. Acara yang penuh dengan gilang-gemilang itu dibuat untuk meraikan dan menghargai semua agen Ads4bucks yang berjaya mencapai tahap tertinggi dalam semua kategori yang diadakan.

Antara lain kategori anugerah yang disediakan adalah :

Top Income Earner By IC – Top I ncome Earner By ID – RM30,000 Income Earner 2009/2010 – RM50,000 Income Earner 2009/2010 – RM100,000 Income Earner 2009/2010 dan sebagainya… Sehinggalah Anugerah Tertinggi Jutawan Ads4bucks.

Saya sendiri terpilih untuk naik ke pentas bagi menerima Anugerah Blog Terbaik Ads4blog… Sungguh mengejutkan saya yang masih belajar tentang dunia blogger… Inilah yang dinamakan rezeki…!

Baiklah, seterusnya saya kongsikan bersama anda gambar-gambar disepanjang konvensyen tersebut berlangsung…

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang ingin saya tunjukkan, tapi cukuplah sekadar gambar di atas sahaja… Anda akan lebih rasa auranya bila bersama saya dalam Komuniti Ads4bucks…

Eksklusif untuk anda yang tercari-cari perniagaan sampingan di internet, ayuh segera bersama saya sekarang… Sebelum itu, jom ketahui rahsia sulit tentang kawan saya seorang ni… Rahsia macam-mana dia jadi JUTAWAN… Klik di Pengenalan | Rahsia Jutawan Internet…

 

The Best Ads4blog Award | Luqiem1

22 Feb

Alhamdulillah… Saya sendiri tidak menyangka akan memenagi anugerah ini… Berkat usaha sepanjang setahun yang lalu dalam dunia blogger.. Akhirnya blog saya terpilih untuk Anugerah Blog Terbaik Ads4bucks…

Insya-Allah, untuk konvensyen kali ketiga, saya target untuk mendapat Anugerah RM30,000 Income Earner…. Azam, Insyaa-Allah…!!!

Artikel seterusnya saya akan kongsikan dengan anda perjalanan majlis konvensyen Ads4bucks yang saya hadiri pada 19 Februari 2011 (Sabtu) baru-baru ini untuk perkongsian bersama…

Banyak yang saya ingin tunjukkan dengan anda… Semuanya hebat-hebat dan gempak belaka… Anda pasti teruja bila anda bersama saya di Ads4bucks… Nantikan dalam masa terdekat entry terbaru saya… apa-apa hal, jom layan rahsia kawan saya seorang ni menjadi JUTAWAN pada usia 27 tahun dalam masa sembilan bulan sahaja… klik Pengenalan | Rahsia Jutawan Internet…

 

Konvensyen Ke-2 Ads4bucks | Global Award Night 2011

17 Feb

Tarikh | 19 FEBRUARI 2011 (SABTU)
Tempat | CENTRUM HALL, SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR.
Masa | 8.01PM – 11.59PM

Tema | “A Night of Glitz & Glam”
Lelaki | Men in Tuxedo or Suits
Wanita | Ladies in Grand Evening Gowns

================================================================

Untuk Tahun yang Ke-2… Ads4bucks sekali lagi akan meraikan kesemua agen-agennya yang berjaya dalam memperolehi pendapatan yang tertinggi dan anugerah-anugerah prestij yang lain.

Antara lain ANUGERAH yang bakal diberikan adalah seperti berikut:

  1. Top 10 Income Earners by ID Financial YTD 2009/2010.
  2. Top 10 Income Earners by IC Financial YTD. 2009/2010.
  3. Top 5 Income Earner by ID Monthly FY2009/2010.
  4. Top 5 Income Earner by IC Monthly FY2009/2010.
  5. Top Speakers of the Year FY2009/2010.
  6. Category – RM30,000 income earners FY2009/2010.
  7. Category – RM50,000 income earners FY2009/2010.
  8. Category – RM100.000 income earners FY2009/2010.
  9. The Champion FY2009/2010.
  10. The Most Consistent Income earners by ID FY2009/2010.
  11. The Most Consistent Income earners by IC FY2009/2010.
  12. Managers of the Year FY2009/2010.
  13. Top 10 Personal Referrers of the Year FY2009/2010.
  14. Top Income Earners of Other Countries – Indonesia/ India/ Singapore/ Brunei etc.
  15. Top 10 Income Earners by ID Financial YTD 2009/2010-(Disabled Agents Category)
  16. Top 10 Income Earners by IC Financial YTD. 2009/2010.(Disabled Agents Category)
  17. Millionaire of the Year – FY2009/2010.
  18. The Best Dress.
  19. etc.

TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang berjaya… See You At Tthe TOP….!!!

.

Untuk anda yang ingin mengecapi impian seperti mereka, masih belum terlambat… Anda masih mempunyai ruang dan peluang untuk berada di atas pentas… Ayuh sertai saya dan komuniti Ads4bucks yang lain sekarang!

Sebelum itu, jom ketahui rahsia salah seorang penerima ANUGERAH JUTAWAN PERTAMA ADS4BUCKS di halaman Pengenalan | Rahsia JUTAWAN INTERNET…

 

Salam Maulidur Rasul | 1432 Hijrah

14 Feb

Alhamdulillah…. Tuan-tuan yang dimuliakan Allah, sempena Hari Keputeraan Baginda, Nabi kita Muhammad SAW.. Pada hari Selasa (15 Februari 2011), bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah… Saya ingin mengucapkan salam dan selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua Umat Islam di Malaysia…

Berikutan itu, sama-sama kita menghayati kembali Sirah Nabi… Bagaimana pengorbanan Nabi untuk Ummatnya… Hari ini ramai yang telah leka dan lari dari Sunnah Nabi SAW… Maka, sempena kelahiran Baginda, kita ambil peluang ini mengikuti kembali corak hidup Nabi dalam kehidupan seharian kita…

Salah satu contoh adalah PERNIAGAAN…. Nabi suka berniaga… Malah 9/10 REZEKI itu datangnya dari Perniagaan… Justeru, untuk anda yang masih belum memiliki sebarang perniagaan… Ayuh, mulakan sekarang!

 

Kisah Suka Duka Jutawan Ads4bucks

07 Feb

Artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai kisah hidup seorang anak muda yang berjaya mengharungi liku-liku kehidupan sehingga berjaya bergelar seorang Jutawan dalam usia yang muda.

Setiap orang pasti mempunyai kisah hidup yang tersendiri, setiap orang pasti ada titik permulaan, permulaan dalam menempuh kehidupan, iaitu kehidupan yang sementara. Dalam kehidupan yang sementara ini, sebarang pilihan yang kita buat akan menjadikan siapa diri kita yang sekarang ini.

Dilahirkan di Raub, Pahang, nama diberi Ahmad Zulfaisal Bin Jamaludin, anak keempat dari enam adik beradik. Dikenali sebagai “Zul Kecik” dikalangan rakan-rakan sesuai dengan dirinya seperti pepatah “Kecil-kecil Cili Padi”.

Dibesarkan dalam suasana yang sederhana, dengan cita-cita menjadi seorang Saintis, Jurutera dan juga Seorang Usahawan yang berjaya dalam perniagaan.

Sejak di usia muda, beliau banyak melakukan pelbagai perkara. Beliau mempunyai kepercayaan yang kuat untuk membuat apa yang beliau inginkan. Dengan ilmu yang asas menjadi asbab kepada diri beliau lebih berjaya dan memahami dunia disekitarnya.

.

Kerja Pertama

Memasuki Maktab Rendah Sains Mara dengan memilih kursus Mechanical Engineering. Setelah tamat belajar di MRSM tersebut, beliau berjaya mendapatkan kerja pertamanya sebagai Jurutera Pelatih.

Kehidupan diteruskan dengan berkerja dari hari ke hari. Sehinggalah pada suatu hari. Ya Terdetik dalam hati, semua yang dilakukan adalah rutin yang sama, apa yang dirancang dan diimpikan sebelum ini seolah-olah tinggal impian. Setiap hari perkara yang sama, terpaksa berdepan dengan kekangan kewangan dan emosi yang tidak stabil.

Dalam masa yang sama, beliau bertanya pada diri, untuk apa aku hidup jika begini keadaannya. Pada usia 23 tahun, dengan gaji permulaan hanya RM1,800 ditambah dengan OT sebulan. Ditambah dengan elaun yang lain, semuanya sekitar RM2,000 sebulan yang beliau dapat dibahagi pula dengan 30 hari.

Adakah ini nilai aku? Adakah akan aku biarkan ia mengawal aku? Apa yang patut aku lakukan?

“Tidak!, Aku perlu berubah!”

Keutamaan adalah untuk keluarga, mereka yang banyak berkorban sepanjang hidup untuk menjadikan aku seorang manusia yang berguna.

Dengan usia Ayah menjangkau 60 tahun dan Ibu 57 tahun, mana mungkin ada masa untuk aku membalas jasa kedua orang tua aku, aku harus segera, jika tidak pasti aku menyesal. Aku sebolehnya ingin kongsikan kejayaan aku bersama insan yang tersayang, Ibu ayah dan adik beradik.

.

 

Diari Peribadi

Matlamat hidup (goal setting) merupakan elemen terpenting untuk setiap orang. Ia merupakan satu hala tuju yang perlu ada dalam menempuh kehidupan.

Pada 4 Januari 2006, beliau membuka sebuah Diari dan menulis beberapa Matlamat Hidup. Membina impian dari tahun ke tahun. Sebuah Matlamat Hidup jangka panjang, iaitu sepanjang lima tahun., 2006-2011

2006 : Memasuki dunia perniagaan,

2007 : Tahun untuk berubah,

2008 : Mengecapi kejayaan,

2009 : Mengecapi kejayaan,

2010 : Mengecapi kejayaan,

2011 : Berkahwin

Memasuki dunia perniagaan, beliau membuka perniagaan jenis konvensional, iaitu menjual kereta terpakai sebagai langkah permulaan mengejar impian. Namun, beliau memerlukan modal sebanyak RM60,000 untuk memulakan perniagaan ini.

Beliau pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan orang tua dan menyatakan hasrat beliau untuk membuka perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun Bapa beliau teragak-agak dengan hasrat beliau, namun Ibu beliau sebaliknya dan sedia meminjamkannya duit sebanyak RM20,000.

Beliau kemudiannya mengeluarkan duit menggunakan kad kredit berjumlah RM20,000. Selebihnya beliau berjaya meyakinkan rakan beliau untuk membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan tersebut.

.

Bisnes Sendiri

Perniagaan kereta terpakai beliau akhirnya berjaya direalisasikan. Namun, tahun 2006 merupakan tahun yang sukar, tahun yang penuh dengan cabaran. Ramai orang bersaing untuk memastikan perniagaan mereka berjaya. Selepas tiga bulan menjalankan perniagaan, musibah melanda beliau perniagaan yang dijalankan telah mengalami kerugian, seterusnya memusnahkan impian beliau. Ketika itu hutang keliling pinggang, beliau seperti kehilangan RM60,000 dalam sekelip mata, tidak percaya dalam usia 23 tahun telah berhutang sebanyak itu.

Tekanan mula dirasai beliau Ibu bapa mula meminta kembali wang mereka kerana berhajat mengerjakan Haji, manakala kawan pula memerlukan duit untuk majlis perkahwinan pada tahun yang sama. Bank juga tidak putus-putus membuat panggilan bertanyakan hutang yang masih tidak dibayar…

.

Sambung Belajar

Akhir tahun 2006, dengan tekanan yang ada beliau membuat perubahan. Beliau membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dengan harapan memperolehi pekerjaan yang lebih baik. Dalam pada itu, beliau telah menggunakan wang sebanyak RM100 ribu untuk membayar kembali segala hutang dan yuran pembelajaran beliau.

Beliau sering berdoa dan yakin bahawasanya Tuhan tidak begitu kejam terhadapnya. Beliau yakin bahawa semua ini adalah ujian dan dugaan dari Tuhan untuk melihat tahap kesabaran dan ketabahan seorang hamba kepada Pencipta-Nya.

Dalam tempoh pengajian beliau, banyak perkara sampingan dilakukan, termasuklah bekerja di 7 Eleven, gerai Burger serta bekerja di Kedai Tom Yam.

Beliau turut berulang alik dari rumah (di Balakong) ke Shah Alam untuk belajar. Dalam tempoh itu juga, beliau turut diuji dengan bermacam-macam ujian, seperti kata pepatah “langit tidak selalunya cerah”

.

Teman Istimewa

Dalam pada masa yang sama, beliau bertemu dengan teman istimewa, yang mana akhirnya mereka bertunang dan tunangnya jugalah satu-satunya kawan yang ada. Seorang kawan yang banyak membantu yang juga seorang yang berjaya dalam karier tersendiri.

Apabila beliau tidak mampu membayar ansuran bulanan kereta, tunang beliau turut membantu dengan membayarkannya. Hal ini membuatkan beliau risau dan tentang pandangan tunangnya terhadap beliau. Ialah, beliau sudahlah banyak berhutang, tunang pula datang dari sebuah keluarga yang berjaya dan berpengaruh Bapanya seorang Jurutera Petroleum manakala ibunya seorang ahli perniagaan.

Walau bagaimanapun, tunangnya seorang yang memahami, sentiasa berada disisi beliau dalam apa keadaan sekali pun Sanggup menaiki motosikal bersama, makan bersama seolah-olah ini merupakan bantuan kecil yang juga pemberian yang teristimewa dalam hidup beliau. Suatu anugerah dari Allah untuk beliau…

Selepas tamat pengajian, beliau segera mendapatkan pekerjaan sebagai Air Craft Engineer. Beberapa temuduga telah dihadiri, dan rezeki berpihak kepada beliau akhirnya. Dalam masa yang sama, beliau masih memiliki hutang dan masih tidak mampu untuk membayarnya.

Tahun 2007, beliau masih berhutang dan menjual burger untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Makanan kegemaran beliau ketika itu adalah Mee Maggie, bukan kerana apa, kerana itulah satu-satunya makanan yang paling murah untuk beliau. Sehinggakan beliau membeli sekotak Mee Maggie hampir setiap bulan…

.

 

Sertai Bisnes E-Networking

Dalam tempoh itu juga, beliau telah diperkenalkan dengan bisnes berkonsepkan E-Networking. Sekali lagi beliau memerlukan modal untuk bisnes tersebut.

Dimana untuk mendapatkan modal tersebut?. Beliau memerlukan wang hampir RM3,000. Kemudian beliau cuba menggunakan kad kredit, malangnya hanya RM500 sahaja yang dapat dikeluarkan.

Apa lagi yang boleh dibuat? Beliau kemudiannya menjual barang-barang miliknya termasuk sebuah komputer, namun masih tidak mencukupi. Baki yang ada diguna untuk pulang ke kampung halaman. Dengan harapan keluarganya boleh menolong beliau untuk kali yang terakhir.

Kali ini beliau betul-betul mengharapkan bantuan dari ibu bapanya. Jika usahanya gagal beliau tidak akan kembali semula ke rumah, sehinggalah kejayaan yang beliau dapat.

Dengan hati yang berat, beliau kembali ke ibu kota dengan sedikit wang yang diberikan oleh ibu bapanya.

Akhirnya beliau dapat menyertai bisnes tersebut dengan membayar sejumlah modal yang diperolehi hasil bantuan keluarga dan menjual barang milik beliau sendiri. Dalam perniagaan tersebut, beliau telah mendapatkan seorang mentor. Mentor yang berjaya menjana pendapatan sehingga RM1 Juta dalam tempoh kurang dari setahun. Ini membuatkan beliau berazam untuk mendapat seperti apa yang mentor beliau dapat.

Untuk itu, beliau berusaha keras untuk mendapatkannya. Untuk bulan pertama, beliau berjaya mendapatkan RM7,800. Hal ini membuatkan beliau terus yakin dengan perniagaan E-Networking tersebut. Dari bulan ke bulan, pendapatan beliau semakin meningkat. Dan ini memudahkan beliau menyelesaikan kesemua hutang yang sedia ada, bahkan beliau berjaya memiliki kereta idaman, sebuah kereta BMW dan turut memiliki dua buah kondominium.

Apa yang beliau dapat merupakan sebuah kejayaan yang sangat membanggakan. Akan tetapi, pada akhir 2008 beliau telah membuat keputusan untuk berhenti dari perniagaan tersebut kerana ingin melanjutkan pengajian dan membuka sebuah perniagaan konvensionalnya sendiri…

.

 

Sertai Ads4bucks

Kemudian tiba suatu hari…

Agak-agak anda, apa yang berlaku pada hari tersebut?

Pada hari tersebut, beliau telah diperkenalkan oleh Kak Darling berkenaan konsep perniagaan Ads4bucks. Pada ketika itu, beliau masih ragu-ragu dan berhati-hati dengan program yang diceritakan. Kemudian beliau dibawa sendiri berjumpa En. Ameer (pengasas Ads4bucks) untuk memberikan maklumat sebenar berkaitan konsep perniagaan Ads4bucks. Dalam masa yang sama, beliau juga turut diperkenalkan dengan konsep perniagaan berasaskan internet yang lain. Ini menyebabkan beliau memerlukan masa untuk menilai sendiri program yang bakal beliau sertai.

Akhirnya selepas 12 hari memahami konsep perniagaan dan bagaimana program tersebut dijalankan, beliau dengan rasminya menyertai komuniti Ads4bucks pada 1 April 2009.

.

Bergelar Jutawan

Beliau kemudiannya menjalankan perniagaan tersebut dengan memperkenalkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Pelbagai cabaran yang beliau hadapi, dan setelah sembilan bulan terlibat dengan program tersebut, akhirnya beliau berjaya sekali lagi dengan kejayaan pada skala yang lebih besar. Pada usia yang muda, beliau telah bergelar seorang JUTAWAN dalam masa sembilan bulan sahaja.

Dalam tempoh itu, beliau berkerja bersungguh-sungguh kerana melihat potensi yang cukup besar untuk berjaya. Sekali lagi, beliau berjaya melangsaikan semua hutang yang ada dan membeli sendiri kereta idaman, kali ini lebih mewah dan eksklusif.

Setelah berjaya mencapai status JUTAWAN, akhirnya beliau pulang ke kampung halaman. Kali ini membawa seribu pengertian buat keluarga tersayang. Beliau membawa sendiri kereta idaman pulang ke kampung halaman. Segalanya diceritakan kepada kedua ibu bapanya, bermacam-macam cabaran dan ujian sehinggalah berjaya bergelar seorang JUTAWAN.

Beliau turut membawa sebuah beg untuk diberikan kepada kedua ibu bapanya. Beliau kemudiannya, meminta ibu bapanya membuka sendiri beg tersebut. Alangkah terkejutnya kedua orang tua beliau apabila mendapati sejumlah RM30,000 tunai berada dalam beg tersebut. Menurutnya, wang tersebut merupakan wang yang dipinjamkan oleh ibu bapanya kepada beliau berjumlah RM1,000 untuk membuat modal perniagaannya. Baki RM29 ribu lagi merupakan faedah dari RM1,000 tersebut.

Hakikatnya, biar berapa jumlah wang yang beliau bagi kepada kedua orang tuanya, ia masih tetap tidak terbalas berbanding jasa mereka. Apa yang beliau lakukan adalah untuk menyenangkan hati dan membalas budi.

Kini beliau sedang melengkapkan kisah kehidupan beliau dengan mendirikan rumah tangga dengan insan tersayang pada bulan April 2011.

Apa lagi yang boleh kita katakan selain ucapan tahniah dan berbangga dengan hasil kejayaan beliau sepanjang bergelar seorang JUTAWAN MUDA INTERNET…

.

Kata-Kata Beliau Untuk Anda

“The point I am making is, you can do it too. Set your, goals, make them clear, sacrifices to attaining it, but what are sacrifices now, when you can reap your Inconveniences for Permanent Conveniences.”

 

“Now, I have to get myself another dairy and plan out the next five year plan build 30 millionaires by 2013, achievable? Why not? I did it, why not you?”

  • Anda pasti rugi jika sudah mengetahui peluang yang ada, tetapi tidak membuat tindakan. Masih tidak sanggup untuk keluar dari rutin harian yang sama… Ingatlah selagi anda tidak berubah, selagi itulah keadaan hidup anda masih sama…  Anda nak macam-macam, tetapi tak dapat dibuat kerana tidak bertindak.
  • Kepada anda yang betul-betul inginkan sesuatu yang hebat dalam hidup, segera sertai saya dan komuniti Ads4bucks yang lain.. Bongkar rahsia potensi dalam diri anda. Saya yakin anda boleh dan mampu lakukannya
  • Nak tahu lagi Rahsia Jutawan Muda ni, jom klik DISINI
 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.