RSS
 

Archive for March, 2011

Kenapa Saya Pilih Ads4bucks

22 Mar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia…

Selamat datang ke blog saya jika anda baru pertama kali berkunjung, jika anda pembaca setia saya… Terima Kasih saya ucapkan…. Teruskan bacaan anda…

Tahukah anda, blog yang anda sedang baca ini merupakan salah satu blog yang menyediakan perkhidmatan perniagaan berbentuk portal pengiklanan dan program affiliate. Salah satu cabang bisnes yang semakin mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak akhir-akhir ini.

Dan anda seorang yang bertuah kerana dipertemukan dengan peluang yang hebat ini, peluang yang bakal mengubah status kewangan anda… Dan saya akan tunjukkan cara-caranya nanti.

Baiklah, kita terus kepada tajuk entry saya pada kali ini… Kenapa saya memilih Ads4bucks?

Jika nak diikutkan, memang banyak pilihan bisnes diluar sana, bahkan ada yang menjanjikan pulangan yang hebat-hebat… Tetapi saya tetap bersama Ads4bucks… Jom ketahuinya sekarang…

>> Ads4bucks merupakan bisnes trend terkini

>> Latihan yang disediakan cukup lengkap untuk melahirkan individu yang berpotensi tinggi.

>> Bisnes yang boleh diwarisi.

>> Mampu memberikan pendapatan tambahan 4-6 angka sebulan.

>> Jaringan seluruh dunia.

>> Program yang tidak tepu.

>> Terbuka kepada semua individu 18 tahun dan ke atas.

>> Tidak memerlukan sijil dan taraf pendidikan yang tinggi.

>> Menggunakan sistem yang terkini dan tercanggih.

>> Mudah dipelajari dan mesra pengguna.

>> Pembahagian pendapatan yang adil.

>> Produk yang praktikal dan terkini.

>> Boleh dilakukan secara ‘Full Time’ atau ‘Part Time’… Terpulang kepada anda.

>> …

Sebenarnya banyak lagi sebab dan kenapa saya bersama Ads4bucks, anda akan ketahuinya jika anda bersama-sama saya dan ribuan yang lain di Ads4bucks. Untuk anda yang tak sabar-sabar bersama saya di Ads4bucks, terus sahaja mendaftar dan klik di halaman Sertai Ads4bucks | Agen Portal Iklan…

Ataupun jika anda ingin ketahui rahsia disebalik program ini…. Jom klik di halaman Pengenalan | Rahsia Jutawan Internet…

 
 

Facebook | Lubuk Duit Buat Anda

15 Mar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Saya yakin anda pasti pernah dengar bagaimana ramai orang sudah buat duit dengan Facebook bukan?

Tapi anda tak tahu caranya? Anda anggap ianya Skim Cepat Kaya…?

Ya, memang ada skim cepat kaya di Facebook. Ini kerana Facebook memang lokasi yang hot dan ada peluang baik untuk buat bisnes, jadi inilah juga sebabnya pemilik Skim Cepat Kaya cuba dapatkan wang mudah disini.

Namun, ada cara yang halal dan betul bagaimana untuk anda gunakan Facebook bagi menjana pendapatan melalui bisnes anda.

Ya, lakukan pemasaran melalui Facebook!

Hari ini… macam-macam sudah kita dengar.

Dengan website boleh buat duit!

Dengan blog boleh buat duit!

Betul ke?

Baiklah, jom kita lakukan satu eksperimen mudah!

Katakan anda nak beli baju kurung. Anda cari di Google. Akan ada 954,000 website lain yang menjual baju kurung!

Jika anda berniaga baju kurung, anda kena bersaing dengan 954,000 orang lain! Persaingan sengit tue!

Website dan blog cuma satu laman yang ada maklumat.

Sama seperti flyer. Sama seperti business card.

~ Tak guna ada flyer jika tidak diedarkan…
~ Tak guna ada business card jika tidak dihulur…
~ Tak guna kalau ada website kalau tak dipromosi…
~ Tak guna ada bisnes kalau tak dipasarkan…

Yang mana lebih penting…? Ada website…?

Atau, ada produk yang ramai orang tahu dan inginkan?

Malah, jika anda tiada produk sekalipun buat masa ini, anda akan didedahkan bagaimana melakukan carian produk yang mempunyai permintaan tinggi di Facebook!

Inilah cara yang halal dan berkesan!

Saya sendiri telah menjalankan perniagaan Ads4bucks dan menggunakan Facebook sebagai salah satu tempat memperkenalkan bisnes ini kepada orang ramai, dan terbukti berkesan… Hampir 80% orang yang menyertai saya di Ads4bucks adalah melalui Facebook… Hebat kan!

Dan anda pun boleh lakukannya, tiru saja cara saya….

Fakta Penting:

* Presiden Barak Obama menggunakan Facebook untuk kempen politik semasa bertanding dulu…

*Afdlin Shauki, pelawak dan pelakon menggunakan Facebook sebagai alat promosi dan pemasaran, dan juga untuk beramah mesra dengan peminat beliau…

* Syarikat-syarikat besar seperti Adidas, Starbucks, KLM, Papa John’s Pizza, CIMB Bank, semuanya menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran yang SERIUS…

* Agen-agen insurans, MLM dan agensi-agensi pekerjaan menggunakan Facebook untuk mencari prospek baru…

* Restoran-restoran menggunakan Facebook sebagai alat untuk promosi menu baru, atau diskaun yang diberikan pada pelanggan…

Facebook sudah menjadi trend pada tahun ini. Sudah menjadi fenomena. Samada anda baru nak bermula, ataupun sudah lama berniaga, ia salah satu cabang pemasaran yang TIDAK BOLEH DI ABAIKAN…

Jom bersama saya sekarang di As4bucks… Dan ANDA gunakan sepenuhnya Laman Sosial Facebook untuk memperkembangkan jaringan anda… Saya dah berjaya, kini TIBA GILIRAN ANDA PULA…

 
No Comments

Posted in Facebook

 

Jom Belajar Buat Duit Di Internet

11 Mar

1. Baca Blog, Website Dan Email Berkaitan Bisnes Internet

Anda sebenarnya boleh belajar tentang bisnes internet secara percuma dengan melawati laman web orang lain yang membincangkan tentang bisnes internet. Laman web atau blog sebegini tidaklah sukar untuk dicari. Cuma gunakan fungsi carian di Google.com dan anda akan temui banyak laman web yang membincangkan tentang bisnes internet.

Kadang-kadang, blog atau laman web ini juga menyediakan kursus email percuma di mana anda boleh belajar dengan lebih mendalam lagi tentang sesuatu topik yang anda ingin pelajari.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pun mempunyai blog yang membincangkan perniagaan internet secara khusus. Dan anda sedang membacanya…. Terima kasih.

Walau bagaimanapun, masalah utama dengan cara pembelajaran sebegini ialah maklumat yang diberikan mungkin tidak lengkap untuk anda terus membina bisnes internet anda. Kadang-kadang, informasi yang diberikan adalah sangat umum dan tidak disusun dengan baik.

Untuk anda yang ingin mengetahui konsep perniagaan Ads4bucks, saya sendiri telah menyediakannya untuk anda… Sekiranya anda masih tidak faham dan keliru, terus hubungi saya…

.

2. Beli E-Book, Kursus Audio Video Dan Sertai Laman Web Keahlian

Mempelajari bisnes internet melalui e-book, kursus audio video atau laman web keahlian boleh dijadikan jalan alternatif, dan anda bakal mendapat informasi yang lebih mendalam tentang sesuatu topik. Sebagai contoh, jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk menjual produk orang lain dan menjana komisyen jualan daripadanya, anda boleh dapatkan e-book mengenai “pemasaran affiliate” (affiliate marketing) dan dalam beberapa jam sahaja, anda boleh terus aplikasikan apa yang diajar di dalam e-book tersebut.

E-book dan kursus audio video sepatutnya memberikan informasi yang lebih mendalam daripada pembacaan di laman web dan blog. Dan disebabkan informasi disusun dengan teratur, seperti pecahan modul dan susunan bab mengikut topik kecil, proses pembelajaran menjadi lebih mudah.

Laman web keahlian juga adalah satu cara yang boleh anda gunakan untuk belajar bisnes internet dan bergantung kepada laman web keahlian yang anda langgan, anda mungkin akan mendapat informasi terkini daripada pemilik laman web keahlian tersebut. Ini akan membantu anda mengikuti perkembangan terbaru di dalam industri yang anda sertai ini. Salah sebuah laman web keahlian adalah di Wangcyber.com dan juga di Ads4bucks.com.

.

3. Sertai Perbincangan Di Dalam Forum Online

Forum online adalah juga cara yang mudah untuk anda belajar bisnes internet. Perkara yang menarik tentang forum ialah anda boleh berinteraksi dengan ahli forum yang lain secara langsung dan ini menjadikan pembelajaran anda interaktif. Anda boleh ajukan soalan anda tentang bisnes internet dan akan ada sahaja ahli forum yang akan cuba membantu menjawab soalan anda tersebut. Dan jika forum yang anda sertai tersebut sangat aktif, anda akan mendapat jawapan kepada soalan anda dalam masa yang singkat sahaja.

Walau bagaimanapun, kelemahan pembelajaran melalui forum online ini ialah anda mungkin akan mendapat jawapan atau nasihat daripada orang yang cuma berlagak pakar tetapi mereka sebaliknya bukannya mahir di dalam menjawab masalah yang anda hadapi. Jadi, anda mungkin akan mendapat jawapan daripada orang yang tak sepatutnya memberikan jawapan kepada soalan anda.

.

4. Sertai Seminar, Taklimat Bisnes & Bengkel

Jika anda perasan, ramai yang sanggup menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk menghadiri seminar dan bengkel. Pasti ada sebab di sebalik fenomena ini. Cuma dengan menghadiri seminar dan bengkel/workshop, anda juga akan berjumpa dengan mereka yang sama pemikiran dengan anda dan mempunyai matlamat yang sama untuk dicapai.

Kadang-kadang, anda juga akan berjumpa dengan pakar-pakar bisnes internet yang lain yang turut serta menghadiri seminar atau bengkel tersebut.

Jadi, inilah masanya untuk anda membina “network” dengan mereka, yang mungkin anda boleh sama-sama mempelajari di antara satu sama lain. Siapa tahu? Anda mungkin temui rakan niaga anda daripada seminar atau bengkel sebegini.

Tetapi yang lebih penting lagi ialah anda boleh belajar terus daripada pakar yang memberikan seminar atau bengkel tersebut. Secara tidak langsung, ianya meningkatkan lagi kepercayaan anda bahawa bisnes internet adalah tulen dan memang ada yang telah menjana pendapatan lumayan daripadanya.

Disebabkan anda juga berjumpa dengan penceramah seminar secara berdepan, pembelajaran anda juga boleh berlaku secara dua hala. Anda boleh tanya sebarang soalan kepada penceramah tersebut dan anda mungkin akan mendapat jawapan anda pada masa itu juga. Dan jika penceramah ada menyediakan bantuan tambahan selepas seminar, ianya lebih baik untuk anda mengikuti tawaran tersebut.

Untuk anda yang ingin ketahui tentang perniagaan Ads4bucks secara langsung, boleh hadiri ke Taklimat Ads4bucks di tempat berhampiran anda seperti jadual yang disediakan.

.

5. Dapatkan “Coach” Atau “Mentor”

Bimbingan daripada “Coach” dan “Mentor” boleh berlaku secara atas talian 100%, secara konvensional atau kombinasi kedua-duanya. Ianya boleh juga dalam bentuk bimbingan secara peribadi (personal 1-on-1 coaching) atau bimbingan secara berkumpulan (group coaching).

Orang yang berjaya mempunyai mentor mereka sendiri pada setiap masa dan semakin mereka lebih berjaya, semakin banyak mentor yang mereka cari untuk menerima nasihat.

Mempunyai coach atau mentor anda sendiri mempunyai kelebihan yang amat besar kerana anda akan mendapat perhatian daripada orang yang akan membimbing anda. Bayangkan anda mengambil tuisyen matematik di rumah di mana guru tuisyen peribadi anda menunjukkan segala arahan untuk anda menyelesaikan masalah matematik anda di depan mata anda. Bukan setakat guru tersebut akan menunjukkan anda jalan terbaik untuk menyelesaikan soalan matematik anda, malah beliau juga akan pastikan anda berjaya dengan cemerlang kerana kejayaan anda juga adalah kejayaan beliau mengajar anda. Dalam ertikata lain, tiada orang akan mencari seorang pembimbing jika tiada kejayaan diperolehi.

Situasi yang sama juga berlaku di dalam bisnes internet.

Anda boleh cari coach atau mentor untuk menunjukkan kepada anda cara yang betul untuk memulakan bisnes internet anda. Dengan cara ini, peratusan kejayaan anda untuk berjaya meningkat dengan lebih tinggi jika dibandingkan dengan cara pembelajaran yang lain.

Jadi, jika anda mampu untuk mendapatkan khidmat seorang pembimbing, saya amat menyarankan anda untuk mengambilnya.

Malangnya, bukan semua orang mampu mendapatkan khidmat pembimbing pada permulaannya atau kadang-kadang, coach atau mentor tersebut juga amat memilih untuk membimbing seseorang.

Berita baiknya ialah SAYA akan menunjukkan kepada anda contoh bagaimana kejayaan sesi bimbingan sebegini dapat merealisasikan impian saya. Dengan cara ini, anda tahu bahawa ini adalah salah satu cara terbaik untuk memulakan atau memperkembangkan bisnes internet anda.

Oleh itu, saya sarankan anda membaca setiap halaman daripada blog ini satu per satu dengan teliti. Ianya berdasarkan pengalaman dan perkongsian saya sepanjang bergelar usahawan Internet di Ads4bucks. Sebelum itu, jom ketahui Rahsia seorang anak muda berusia 27 tahun bergelar Jutawan Muda Internet hanya menerusi Ads4bucks… Klik Pengenalan | Rahsia Jutawan Internet.

 

Bagaimana Nak Belajar Buat Bisnes Di Internet

08 Mar

Di Mana Anda Boleh Belajar Bisnes Internet?

“Baiklah, Lokman. Saya faham yang saya mesti mempunyai ilmu sebelum melakukan bisnes internet ini. Di mana saya boleh belajar?”

Saya pasti ini merupakan soalan anda seterusnya.

Naluri saya mengatakan yang manusia tertarik untuk memperolehi kejayaan. Jika mempunyai wang yang banyak adalah salah satu cara mengukur kejayaan, maka ramai yang akan tertarik untuk memperolehi banyak wang.

Saya pun tidak terkecuali.

Jika boleh, saya ingin menjana wang yang banyak di internet pada hari ini tanpa perlu belajar apa-apa pun tentang bisnes internet. Biar wang mengalir masuk ke dalam akaun bank saya dahulu. Kemudian, barulah saya belajar bagaimana ianya berlaku.

Malangnya, hukum alam tidak seperti itu.

Walaupun anda boleh menjana wang yang banyak di internet dalam masa yang singkat, ianya juga perlukan pengalaman dan pengetahuan anda untuk melakukannya terlebih dahulu.

Sebagai contoh, untuk seseorang seperti saya menghasilkan jualan di internet dengan menghantar email sahaja adalah tidak mustahil.

Saya boleh menjana ratusan ataupun ribuan ringgit dalam masa sehari dengan menghantar email sahaja, dan saya boleh melakukannya sekarang kerana saya telahpun mempunyai pengetahuan dan juga pengalaman di dalam bisnes ini.

Tetapi, anda tidak boleh melakukannya lagi sekiranya anda tidak pernah menjana satu sen pun di internet sebelum ini atau anda tidak tahu langsung tentang perisian yang anda boleh gunakan untuk menghantar email ke ribuan prospek pembeli produk anda.

Apabila anda mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk melakukannya, saya pasti yang suatu hari nanti anda akan setuju bahawa menjana pendapatan di internet dengan menghantar email sahaja (atau dengan cara lain juga) adalah tidak mustahil.

Sekarang, mari kita lihat beberapa cara untuk anda belajar memulakan bisnes di internet.

1. Baca blog, website dan emel berkaitan bisnes internet

2. Beli e-book, kursus audio dan sertai laman web keahlian

3. Sertai perbicangan di dalam forum online

4. Sertai seminar, taklimat, bengkel atau kursus

5. Dapatkan ‘Coach’ atau ‘Mentor’

Baiklah, sekian untuk entry kali ini… saya akan beri penerangan lanjut bagi setiap point diatas pada enrty berikutnya… jangan lupa nantikan enrty tersebut… Pastinya anda lebih mudah untuk belajar buat bisnes di internet.

*Artikel ini diambil dari sedutan Buku ‘The Four Weeks To Freedom’ | Tulisan Zamri Nanyan, seorang usahawan internet.
 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.