RSS
 

Archive for May, 2011

Konsep Perniagaan Ads4Bucks… Part II

29 May

“Bagaimana Mark Zuckerberg Menjadi Billionaire Dengan FaceBook”

Baiklah, mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga yang tidak tahu bagaimana pemilik FB menjadi kaya raya dengan hanya menyediakan Laman Sosial Facebook kepada orang ramai… Sedangkan kita menggunakannya secara percuma sahaja!

Sekarang, anda lihat gambar Facebook dibawah, sudah pastinya anda terlalu biasa melihatnya setiap hari bukan…

Diatas hanyalah contoh website Facebook.com… Kalau anda perhatikan betul-betul, pelbagai fungsi yang disediakan dalam FB tersebut Di FB anda boleh tulis apa saja yang anda difikiran dan kongsikan kepada orang ramai di FB juga anda boleh tambah gambar dan video sebanyak mana yang anda suka, di FB juga anda boleh sembang dengan sahabat FB anda sebanyak mana yang anda inginkan…

Akhirnya sejumlah 500 juta orang seluruh dunia ber-Facebook tiap-tiap hari berkongsi bermacam-macam cerita…

Bayangkan hampir 500 juta orang membuka website Facebook setiap hari dan setiap orang mengambil masa antara 3-4 jam untuk aktiviti ber-Facebook… Adakah anda salah seorang daripadanya… Anda jawab sendiri…

 

Tahukah anda, secara tidak langsung kita telah memberi Kuasa Beli yang besar kepada Facebook. Dengan jumlah yang besar tersebut, timbul idea Mark Zuckerberg untuk menyediakan ruang iklan diruang sebelah kanan di laman Facebook beliau.

Cuba anda perhatikan betul-betul disebelah bahagian kanan FB anda, terdapat ruang iklan yang telah disediakan. Dan ruang iklan ini merupakan iklan berbayar.

Setidak-tidaknya harga iklan yang ditawarkan adalah USD50 sehari. Dan anda perlu membayar kepada Mark Zuckerberg melalui Kredit Kad, Pay Pal dan sebagainya…

Kalau kita tukar USD50 tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM), katakanlah RM150 anda perlu bayar kepada Mark Zuckerberg jika anda ingin mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di FB.

Sangup ke tidak anda iklankan produk anda di FB… Tentunya anda sanggup, kerana jumlah pengunjung yang ramai mampu memberi kesan yang besar kepada jualan produk anda di FB…

Kalau nak diikutkan memang tak berbaloi anda iklankan di FB, kerana ruang yang disediakan terlalu kecil… tetapi disebabkan jumlah pengunjung yang besar, maka iklan anda berbaloi-baloi…

Baiklah,

Katakan pada hari ini, hanya seribu orang saja yang membeli iklan di FB pada harga RM150… Jumlah keseluruhannya adalah RM150 Ribu… Wow! Dalam masa sehari sahaja, pendapatan Mark Zuckerberg bejumlah RM150 Ribu…

Pada anda pendapatan beliau tersebut ok atau tidak… Itu sudah melampau! Mana tidaknya, dengan hanya menyediakan ruang iklan sahaja telah menjadikan Mark Zuckerberg seorang Billionaire pada hari ini… Kenapa semua ini berlaku, Ya semua ini disebabkan beliau mengambil peluang di saat orang lain tidak percaya kepada beliau…

Katakanlah, jika kita diberi kesempatan waktu disaat Facebook diperkenalkan dan kita dilantik sebagai agen FB pada ketika itu, anda rasa pendapatan anda bagaimana dalam sehari?

Mungkin RM100 Ribu ke RM200 Ribu sehari anda boleh dapat… Apakah maknanya itu… Maknanya anda sudah tentu seorang yang kaya raya, sudah pun menjadi seorang jutawan!

Kalaulah aku tahu…!!!

Tetapi ketika Facebook hendak diperkenalkan, seorang pun tidak percaya kepada Mark Zuckerberg, seorang anak muda yang baru berusia 23 tahun… Seorang anak muda yang masih hingusan dan tidak tahu apa-apa… Tetapi pada hari ini seluruh dunia mengenalinya sebagai seorang Billionaire…

Rasa menyesal tidak ikut beliau pada ketika itu…. Jika tidak, tentunya saya dan anda sudah kaya raya sekarang… Oh Tidak!

Part. I


 

Konsep Perniagaan Ads4bucks… Part I

25 May

Saya percaya ada segelintir di antara kita ramai yang buta IT… Tetapi tidak anda, anda celik IT, kalau tidak macam-mana anda boleh masuk ke blog saya sekarang ini tanpa tahu IT… Betul kan?

Baiklah,

Anda kenal tidak manusia seorang ni… Nama dia JERRY YANG, pengasas YAHOO.COM

 

Jerry Yang tak kenal pun anda, tetapi hari ini saya yakin anda biasa menggunakan Yahoo Messenger, Emel Yahoo, dan anda mesti biasa menggunakan enjin carian Yahoo.Com yang beliau hasilkan. Dan anda tak bayar sesen pun kepada Jerry Yang! Kesian Jerry Yang…

Tetapi hari ni, Jerry Yang seorang Billionaire… Anda tak pernah bayar sesen pun kepada beliau, tetapi beliau tetap menjadi seorang Billionaire…

 

Sekarang, anda kenal atau tidak dua orang ini… CHAD HURLEY dan STEVE CHEN, mereka berdua ni pengasas YOUTUBE

 

Hari ni saya yakin anda taip apa saja di YouTube, pasti akan keluar apa sahaja video yang anda ingin tonton… Dan anda buka YouTube secara percuma tanpa apa-apa bayaran pun….

Pemilik Youtube sekarang ini juga merupakan seorang Billionaire… Anda tak bayar sesen pun kepada mereka berdua ni, tetapi mereka tetap seorang Billionaire…

 

Baiklah, anda kenal tidak dua orang ini… SERGY BRIN dan LARRY PAGE, mereka berdua ini merupakan pengasas Enjin Carian popular di Internet, iaitu GOOGLE.COM

 

Hari ini anda taip apa sahaja maklumat di enjin carian Goggle.com pasti ada. Mustahil apa yang anda cari tidak ada di Google.com… Bukan itu sahaja, anda pastinya memiliki akaun Gmail dan biasa menggunakan perkhidmatan lain seperti Google Map dan sebagainya… Dan anda sekali lagi tidak perlu membayar sesen pun kepada pemilik Google.com, tetapi mereka tetap menjadi Billionaire pada hari ini.

 

Baiklah, suka saya bertanya kepada anda… Apakah perbezaan antara anda dan mereka-mereka di atas… Ya banyak perbezaannya, mereka merupakan Billionaire yang sentiasa merebut peluang yang ada di depan mata mereka… Disaat orang tidak percaya kepada sesuatu peluang, mereka ambil dan inilah hasilnya… Mereka menjadi Billionaire dan kita tidak…

 

Ada lagi ni…

Sekarang ni, saya pasti anda mesti memilikinya… Apa itu? Ya, anda mesti biasa dengan Laman Sosial paling top sekarang ni, FACEBOOK.COM… Jika anda tidak memiliki akaun Facebook hari ini, anda memang ketinggalan… Makcik Pakcik yang duduk di kampung sekarang ni pun dah ada akaun Facebook sendiri…

Anda boleh add saya sebagai sahabat Facebook anda… Anda boleh add saya di facebook.com/lokmanhakims. Jumpa anda disana…

Hari ini sudah menjadi trend, di mana ramai orang menggunakan Facebook untuk mencari sahabat-sahabat baru, untuk mencari kawan-kawan lama, untuk mencari jodoh pun ada… Tak kurang juga yang mencari nahas di Facebook! Macam-macam orang dan macam-macamlah ragamnya pengguna Facebook ini…

Facebook atau ringkasnya FB, telah menjadi fenomena di seluruh dunia. Sehingga ke hari ini sudah berjuta-juta akaun Facebook dihasilkan… dan sehari berbilion orang akses akaun FB masing-masing…

Hari ini dan masa ini, saya yakin anda sendiri sedang ber-Facebook, betul kan… Setiap masa pasti tidak lari dengan aktiviti ber-Facebook, bangun dari tidur buka FB, nak tidur pun sempat lagi buka FB…. Bukan itu sahaja, malah :

>> Bercinta di FB pun ada…

>> Bergaduh di FB pun ada…

>> Dapat jodoh di FB pun ada…

>> Mencaci-maki di FB pun ada…

Kalau nak saya senaraikan mungkin banyak lagi… Cukuplah setakat itu. Anda boleh lihat sendiri Kuasa Facebook, begitu hebat sehingga mempengaruhi kehidupan seharian kita. Dengan kuasa FB jugalah menjadikan pemiliknya MARK ZUCKERBERG menjadi seorang Billionaire pada hari ini…

Pernah atau tidak anda membayar apa-apa untuk akses ke akaun FB anda. Tidak pernah kan, dan pernah atau tidak pemilik FB ini membayar anda apa-apa kerana menggunakan FB beliau… Tidak pernah kan… Anda dibayar atau tidak, Mark Zuckerberg tetap menjadi seorang Billionaire, kerana beliau mengambil peluang disaat orang lain tidak percaya… Bersambung ke Part II…


 
Comments Off

Posted in Konsep Perniagaan

 

Kenapa Saya Sungguh-Sungguh Nak Bantu Anda…

18 May

Sebenarnya program yang saya bongkarkan kepada anda adalah bertujuan untuk membantu anda. Membantu dari segi kewangan anda. Saya faham bagaimana rasanya ketika mengalami kesempitan wang yang mendesak, terpaksa berhutang disana-sini, nak bantu mak ayah dan adik beradik pun tak dapat…

Belum lagi sewa rumah, hutang kereta, pinjaman peribadi, hutang PTPTN dan bermacam-macam bentuk hutang terpaksa dibayar lagi… Nak buat macam-mana, dah tak ada duit, terpaksalah berhutang… Kadang tu terfikir juga nak pinjam Ah Long, tapi nasib lah berfikiran positif, kalau tidak… Bertambah-tambah lah hutang kena bayar…

Oleh itu, saya sangat-sangat mengharapkan segala usaha dan bantuan serta ilmu yang saya curahkan ini dapat membantu pula anda dan keluarga menjadi lebih baik dari yang sekarang ini…

 

Persoalan Untuk Anda :-

1. Adakah anda mengetahui apa yang akan jadi pada masa hadapan anda?

2. Kenapa ramai orang diluar sana yang sama nama, tarikh lahir pun sama, tetapi tidak memiliki nasib yang sama?

 

Baiklah,

 

Segala yang berlaku ke atas diri anda sekarang adalah hasil dari tindakan dan keputusan anda sebelum ini… Dan mungkin kadang kala disebabkan nasib… Ya, jika anda bernasib baik, maka baiklah anda… Jika sebaliknya… Buruklah anda…

Bagi yang Islam, pastinya ia adalah ketentuan dari Ilahi, Qada dan Qadar telah ditentukan ke atas seseorang itu sejak lahirnya… Akan tetapi.. Semuanya bergantung kepada tindakan dan keputusan semasa anda…

 

“ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN”

Anda tidak akan rugi jika mencuba, tetapi anda akan rugi jika tidak mencuba… Anda yang tentukan sendiri nasib diri anda, bukan saya dan bukan orang lain… Yang nak berjaya anda, bukan orang lain… Setuju tak dengan saya…

Segala masalah hanya dapat diselesaikan dengan TINDAKAN… dan bukan dengan hanya BERFIKIR semata-mata… TUNGGU DAN LIHAT juga tidak akan menyelesaikan masalah…

Sekaranglah MASA anda… Tunggu apa lagi, orang lain dah berjaya, tak akan nak lihat sajakan… LIHAT dan BUAT tak sama…

Jika anda betul-betul serius dan nak menjana pendapatan di INTERNET dengan cara MUDAH, JIMAT dan UNTUNGAds4bucks adalah JAWAPANNYA…

 
1 Comment

Posted in Ads4bucks

 

Testimoni Mereka Yang Berjaya…

16 May

Kejayaan bukanlah satu kebetulan, ia adalah hasil daripada keputusan yang kita lakukan setiap hari. Oleh itu, buatlah keputusan dan tindakan untuk berjaya setiap hari… Berikut saya kongsikan dengan anda, individu-individu yang telah membuat keputusan dengan tepat dalam hidup, dan kini menikmati kejayaan demi kejayaan…

 

USTAZ MOHD ZOHDI MOHD AMIN (PENSYARAH KANAN USIM, NILAI)

“Peringkat permulaan saya join saya berjaya dapat RM2 ribu pada bulan pertama. Dan seterusnya saya buat lagi, saya dapat lagi RM2 Ribu pada bulan berikutnya. Pada ketika itu ianya sudah memadai bagi saya. Dalam pada itu saya belajar lagi tenang bisnes ini, belajar dan belajar… Alhamdulillah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM5 Ribu. Dan saya belajar lagi tentang bisnes ini… sehinggalah pada bulan berikutnya saya berjaya mendapat RM15 Ribu… Kini hampir tiap-tiap bulan saya menjana pendapatan RM30 ribu sebulan melalui bisnes ini.”

PUAN ROSHAIDA ABD LATIF…. (SURI RUMAH)

“Sebenarnya saya berjaya pun dalam keadaan yang tidak sedar, saya buat ini pun orang kata pakai masuk dan redah saja… Tapi dalam masa dua minggu buat saya berjaya dapat RM3 Ribu, kemudian dalam masa sebulan saya mendapat RM5 ribu. Bulan brikutnya naik kepada RM7 Ribu, tak cukup setakat itu… ia semakin naik dan naik, dan tak ada pun yang turun… asalkan kita buat, kita pasti dapat… Alhamdulillah setelah Enam bulan menyertai bisnes ini, untuk mendapatkan income lima angka sudah tidak mustahil pada saya… Kini saya berjaya memperolehi hampir RM30 ribu setiap bulan…”

 

MOHD FADHLAN HJ. JAMALUDIN (PELAJAR UMP)

“Kita jangan jadi orang yang menolak rezeki, kalau boleh kita menjadi orang yang pertama mengambil rezeki. Begitu juga saya, walaupun saya student, ianya tak menghalang saya belajar buat bisnes secara sambilan. Di Universiti saya dapat ilmu, melalui bisnes ini saya berpeluang untuk belajar cara buat income RM20 ribu tiap-tiap bulan. Setelah 4 bulan menyertai bisnes ini, saya berjaya menjana income sehingga RM70 ribu dan memiliki kereta impian.”

 

EN. HASRIZAL (BEKAS KONTRAKTOR)

“Saya sebenarnya masih baru dalam bisnes ini, iaitu baru setahun setengah… Walaupun masih baru, saya telah berjaya memenuhi empat impian saya melalui bisnes ini… Ok, apa impian pertama saya… saya inginkan pendapatan RM20 ribu sebulan, dan ianya telah saya perolehi, impian kedua saya adalah untuk membina rumah besar untuk kedua orang tua saya, Alhamdulillah saya dah berjaya tunaikan. Impian ketiga saya apa dia, ya saya berjaya memiliki dua buah kereta impian saya pada hari ini… Manakalan impian saya yang terakhir adalah untuk membawa kedua ibu bapa saya menunaikan umrah… Alhamdulillah ianya juga telah tercapai…”

 

Nah, apa lagi yang saya perlu buktikan kepada anda… Anda tak perlu cari program lain untuk menjana pendapatan sampingan untuk diri dan keluarga…. Kini Ads4bucks telah sediakan untuk anda platform menjana duit sehingga 4-5 angka sebulan… Tak perlu fikir lagi kalau ia memang untuk kebaikan masa depan anda… Jom sertai saya dan ribuan yang lain di Ads4bucks sekarang!

 
 

Adakah Anda…

01 May

“Takut Gagal”

“Gagal setelah mencuba adalah lebih baik daripada gagal langsung untuk mencuba. Tiada manusia yang gagal dalam kehidupan melainkan dia sendiri yang memilih untuk gagal. Kegagalan tidak dilahirkan bersama kita, tapi kitalah yang melahirkan kegagalan untuk diri kita.”

 

“Putus Asa”

“Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak anda? Budak-budak yang baru belajar pun bermula dengan bertatih dan jatuh berpuluh-puluh kali sebelum mereka boleh berjalan sepenuhnya.”

 

“Mudah Terpengaruh”

“Terpengaruhlah kepada mereka yang berjaya, bukan dengan orang yang lemah dan gagal.”

 

“Malu”

“Kita berniaga, bukan minta sedekah. Malu nak buat duit untuk diri sendiri, keluarga dan ibu bapa. Malu nak berjaya dan perbaiki taraf hidup sendiri. Tapi tak malu nak pinjam duit dari bank, dari kawan-kawan. Itulah dikatakan malu tak bertempat.”

 

“Malas”

“Tiada orang malas yang berjaya, ingat tu! Nak kaya, nak senang, tapi malas berusaha. Kalau macam itu, jangankan nak tolong keluarga dan dan mak ayah, diri sendiri pun tak tertolong.”

 

“Selesa Dengan Keadaan Sekarang”

“Tiada sifat untuk memajukan diri sendiri. Maka selamanya hidup anda akan begitu. Harus diingat, di dunia ini kita ada tanggungjawab untuk orang lain. Jika anda dah cukup selesa, bagaimana dengan orang tua anda? Hidup umpama roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Mungkin sekarang anda di atas, esok lusa dah ke bawah bagaimana?”

 

“Banyak Alasan Negatif”

“Tiada masa. Sibuk. Bini tak bagi. Susah cari prospek. Isy… isy… isy… sungguh kesian, orang lain sibuk buat duit, anda sibuk buat alasan.”

 

“Tidak Faham”

“Mengapa tidak mahu menjiwai perniagaan yang ingin diceburi? Malu bertanya dan malas mencari maklumat! Malu bertanya, sesat jalan.”

 

“Tidak Mahu Tanggung Risiko”

“Anda akan dapat pulangan sebanyak mana yang anda korbankan. Sehari anda korbankan 8 jam bekerja dan kerja lebih masa selama 2 jam. Dan hasilnya, itu sajalah.”

 

“Sukar mencari Downline atau prospek”

“Hanya yang mencari sahaja yang akan berjumpa. Promosikanlah perniagaan anda tanpa malu kerana kita adalah ketua kepada perniagaan kita, dan bukannya mengemis harta orang. Jika strategi promosi anda berjaya, saya yakin prospek yang akan cari anda. Hatta penyanyi pun perlu buat promosi album.”

 

“Takut”

“Si penakut akan terbunuh dengan ketakutannya terlebih dahulu, sebelum terbunuh dengan mata pedang”

 

Sudah-sudahlah anda memberi alasan…. Kalau anda nak buat, buat saja… Anda buat, Anda Dapat! Dan lagi lama anda berfikir untuk buat, lagi lama anda akan dapat apa yang anda inginkan…

 

Ayuh bersama saya sekarang dan ribuan yang lain di Ads4bucks… Anda tak perlu tahu dulu baru nak buat… Kalau nak tahu juga, Nah! Suatu rahsia untuk tatapan anda… Klik Rahsia Jutawan Internet sekarang!

 
 
 

Bad Behavior has blocked 18 access attempts in the last 7 days.