RSS
 

Archive for June, 2011

Ayuh, Lipat Gandakan Profit Anda Di Ads4bucks

17 Jun

Disini kami akan membimbing dan menunjuk ajar anda tentang “Bagaimana Anda Boleh Mengiklan dan Memulakan Perniagaan Anda Melalui Internet”. Caranya amatlah mudah, semudah A-B-C. Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam bidang IT atau pun Ahli Perniagaan yang hebat. Yang penting adalah keinginan untuk belajar dan boleh menerima pelajaran.

A-B-C (Gambar hiasan)

Disini anda akan pelajari tentang :-

  • Cara Yang Betul Menjana Pendapatan Melalui Medium Internet – Pada ketika ini terdapat berbagai-bagai cara menjana pendapatan di Internet yang sering dipromosikan. Namun, kebanyakkannya tidak memberikan pulangan seperti mana yang sering diperkatakan. Anda akan mempelajari cara menjana pendapatan yang terbaik, iaitu cara yang digunakan oleh Jutawan Internet untuk memulakan perniagaan sendiri. Usah lagi membuang masa dan tenaga dengan menyertai Skim-Skim Internet yang tidak memberi pulangan seperti yang dijanjikan.

 

  • Elemen Dalaman Seorang Networker – Disini anda akan mempelajari dan berkongsi pengalaman tentang elemen-elemen dalaman yang perlu ada dalam seorang Internet Networker yang berjaya. Jika kita ingin menjadi seorang usahawan belajarlah di sekolah perniagaan, ingin menjadi Peguam, belajarlah di sekolah perundangan dan jika ingin menjadi Usahawan Internet yang berjaya maka carilah Usahawan Internet yang telah berjaya.

 

  • Cara Bagaimana Anda Dapat Memulakan Perniagaan Di Internet Dangan Modal Yang Mampu Milik – Anda akan dapat mempelajari cara memulakan perniagaan melalui Internet dengan kos yang rendah. Dengan menyertai kami anda akan mempelajari bagaimana anda dapat menjimatkan beribu-ribu ringgit dalam memulakan perniagaan di Internet.

 

  • Cara Membina Web Blog Yang Sangat Mudah Serta Latihan Lengkap – Untuk membina laman web blog, anda tidak lagi perlu mengetahui bahasa HTML atau menjadi pakar bidang IT. Kami akan menunjukkan kepada anda cara membina laman web anda sendiri dengan cepat dan mudah di samping menggunakan grafik dan imej profesional.

 

  • Cara Yang Betul Mempromosi Web Blog Anda – Dengan hanya mempunyai laman blog sahaja, ianya tidak mencukupi. Kami akan mengajar cara bagaimana anda dapat membina laman blog anda dan juga cara bagaimana anda dapat mempromosikan laman blog tersebut supaya dikunjungi orang. Dengan teknik yang betul dalam mempromosikan laman blog anda, anda akan dapat meraih lebih ramai pelanggan di seluruh dunia. Lebih dari 90% perniagaan di Internet gagal oleh kerana tidak tahu cara-cara promosi laman web dengan betul. Awas, mempromosi laman blog anda dengan cara yang salah seperti Spaming dan menghantar Junk Mail bukan sahaja tidak efektif untuk mendapatkan pelanggan, tetapi ia juga akan memusnahkan kredibiliti perniagaan online anda.

 

  • Rahsia Kejayaan Ahmad Zulfaisal Menjana Pendapatan RM1 Juta Kurang Dari Setahun – Pelajari rahsia Ahmad Zulfaisal secara terus bagaimana beliau menjana pendapatan dengan pantas. Kami bukan syarikat Skim Cepat Kaya atau MLM, tetapi ramai dari ahli kami telah berjaya dan juga telah dibuktikan.

 

Tidak kira sama ada anda seorang Ajen Insurans, Ajen Hartanah, Jurujual (Kereta, Produk Kesihatan Atau Barang Keperluan), Doktor, Doktor Gigi, Peguam atau apa jua pekerjaan profesional, ataupun sememangnya anda ingin menjalankan perniagaan bertumpu di Malaysia sahaja, Ads4bucks akan menunjukkan kepada anda peluang bagaimana Internet dapat digunakan dalam mencapai pasaran Malaysia. Jangan lupa, pasaran tempatan terdiri daripada lebih 15 juta pengguna Internet!

 

Ads4bucks – Program Usahawan Internet Penduduk Luar Bandar

14 Jun

RAWANG – Ads4bucks Network Sdn. Bhd. (Ads4bucks) mengadakan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim bagi melaksanakan kempen menarik minat penduduk Luar Bandar menyertai program perniagaan dalam talian.

 

Mohd Isa berkata, melalui kerjasama  itu, syarikat Ads4bucks menyediakan bantuan teknikal kepada golongan peniaga yang berminat sekaligus mengembangkan perniagaan mereka melalui jaringan internet.

 

Program seumpama ini merupakan peluang kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan tanpa perlu melaburkan wang yang banyak ketika mahu mula bertapak dalam bidang perniagaan.

 

“Saya yakin taraf hidup penduduk sesebuah kawasan dapat ditingkatkan melalui penglibatan secara aktif melalui konsep perniagaan ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Projek Usahawan Internet dan Pengiklanan Online Bersama Mentor Akademi 69z di Kampung Sungai Buaya di sini kelmarin.

 

Ads4bucks yang ditubuhkan pada 2008 menyediakan platform perniagaan secara online dalam bentuk Blog 100 Megabit (Contoh : http://luqiem1.ads4blog.net) serta kemudahan lain seperti perisian SMS Blaster kepada orang ramai yang menyertai syarikat tersebut dengan kadar bayaran serendah RM420.

 

Sementara itu, Mentor Akademi 69z Ads4bucks, Mohd. Badrin Mohamed Ali, 37, berkata, peniaga yang mendaftar dengan syarikat tersebut tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai sebarang asas dalam perniagaan atau kemahiran mengenai internet.

 

Jelasnya, peserta program anjuran syarikat tersebut akan dibimbing selok-belok perniagaan serta pengetahuan mengenai internet agar mereka dapat menguruskan perniagaan secara dalam talian kelak.

 

# Sumber : Kosmo! Selasa (14 Jun 2011) | Negara, m/s 17

# Maklumat lanjut berhubung program ini, sila layari blog ini…

 

Ads4Bucks @ Metro Ahad (5 Jun 2011)

05 Jun

“Ameer Sasar Takluk Dunia”

 

MENYOROT tiga tahun lalu, tidak siapa menyangka sekumpulan anak muda yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di tepi jalan selain kerap menghampiri pelanggan yang minum dan makan di kedai mamak sekitar ibu negara itu mampu hidup senang lenang hari ini.

 

Tidak ada perasaan malu di kalangan mereka kerana yang penting, rancangan yang direncana perlu dilaksanakan dan mereka bertekad mengenepikan semua perasaan sedemikian.

 

“Aspek paling penting dalam perniagaan ialah kesungguhan, tidak cepat putus asa serta terus belajar selagi mampu. Kalau kami malu, sudah tentu apa yang kami usahakan ini tidak nampak hasilnya.

 

“Kami tidak membuat pinjaman kewangan dan segala yang ada sekarang ini adalah hasil usaha gigih kami. Memang itu sesuatu yang boleh kami banggakan.

 

“Tidak keterlaluan kalau kami katakan bahawa kami sekarang mampu bersaing dengan syarikat gergasi lain,” kata pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ads4Bucks Network Sdn Bhd (Ads4Bucks), Ameer Noraizeedin Abdul Wahab, 41.

 

Apa dikecapi Ameer Noraizeedin hari ini adalah hasil perjuangannya serta kesungguhan untuk mengubah hidup dan dalam masa sama, mahu membantu mereka yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.

 

“Kejayaan bukan datang bergolek, kita perlu berusaha tanpa jemu, sanggup bersengkang mata membina rangkaian, bersedia dengan pelbagai halangan dan rintangan yang bakal dilalui dan paling penting, mohonlah restu dan doa ibu bapa,” katanya.

 

Ameer Noraizeedin yang mempunyai pelbagai pengalaman bekerja di dalam dan luar negara melahirkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian setiap agennya dalam perniagaan Internet itu.

 

“Saya pernah bekerja di syarikat insurans sekembalinya dari luar negara pada 2001. Ads4bucks dilahirkan pada November 2008 dan hasrat kami ialah memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan melalui komisen,” katanya.

 

Ameer yang juga pemegang Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak pernah menimba ilmu di dalam bidang perniagaan dengan menyertai pelbagai pengurusan dan seminar motivasi serta kursus, termasuk Biro Tata Negara dan Outbound School (OBS).

 

Peribadinya yang peramah dan mudah mesra menyebabkan beliau disenangi ramai dan menjadi pilihan pelbagai agensi serta syarikat antarabangsa.

 

Beliau sering dilantik sebagai jurucakap, penceramah motivasi selain menyajikan pelbagai latihan kepada sesiapa yang memerlukan.

 

Beliau yang membuka perniagaan tanpa modal berbentuk kewangan berkata, banyak tenaga dan pengorbanan perlu dilakukan, malah ada pihak memandang serong usahanya dan mengaitkannya dengan skim cepat kaya.

 

“Hakikatnya syarikat ini menjalankan perniagaan berasaskan penjualan perkhidmatan di atas talian dan pengiklanan, di mana objektif utamanya ialah membina portal pengiklanan yang popular.

 

“Ia juga bakal mewujudkan komuniti usahawan yang mempunyai ilmu untuk mengembangkan perniagaan masing-masing melalui Internet sebagai satu cara pemasaran,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Ambrose, Ayer Tawar, Perak itu.

 

Walaupun kini jumlah kakitangannya mencecah 26 orang, Ameer masih bekerja melebihi 18 jam sehari dan umum pasti tidak percaya, sepanjang menerajui Ads4Bucks, diari hidupnya belum tercatat perkataan ‘berehat’ atau ‘bercuti’ kerana terlalu komited menguruskan syarikat.

 

“Tiada insan di dunia ini mampu mendirikan empayar perniagaannya bersendirian untuk terus berdaya saing dan mencapai kejayaan, sebaliknya kerja berpasukan sangat diperlukan.

 

“Itulah yang saya lakukan dan keluarga memahami situasi ini, malah isteri tidak pernah merungut jika saya tidak dapat memenuhi tuntutan seperti diingini,” katanya.

 

Ameer Noraizeedin berkata, sebaik beroperasi, perniagaannya mula berkembang dan sentiasa menerima pelanggan baru dan mulai 4 November 2009 sehingga Disember 2010, Ads4Bucks berjaya memperoleh peningkatan jualan lebih daripada 100 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

Ameer Noraizeedin yang pada peringkat awalnya bercita-cita menjadi anggota tentera berkata, Ads4bucks dengan mottonya ‘Linking People, Products and Profits Worldwide‘ tanpa rasa jemu mencipta pelbagai inovasi baru secara berterusan demi memenuhi permintaan ejennya yang bertambah setiap hari.

 

Beliau berkata, program Shop4Bucks (sebelum ini dikenali sebagai Ads4Merchants) adalah satu platform perniagaan yang unik untuk semua pengusaha.

 

Ini kerana program ini menggunapakai secara bijak kebanjiran trafik di laman web rasmi Ads4Bucks, www.ads4bucks.com yang wujud hasil daripada ejennya yang berjumlah lebih 80,000 orang dan juga laman komuniti yang semakin meningkat popularitinya.

 

“Laman web Ads4Bucks kini di kalangan 100 laman web paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia. Hari ini portal Ads4Bucks berjaya menjadi portal ke-89 paling popular di Malaysia.

“Kami yakin dalam tempoh dua tahun, Ads4Bucks akan berada di tangga nombor satu di Malaysia. Apabila portal dikunjungi dengan sesak, iklan orang ramai menjadi lebih efektif dan jual beli pula menjadi sangat aktif.

 

“Ads4Bucks yakin akan mengharumkan nama Malaysia satu hari nanti sebagai portal pengiklanan dan e-dagang terbaik di dunia,” katanya.

 

Cerita Kedai Kopi…

03 Jun

Amar : Hai Mawi… Kenapa aku tengok kau sekarang ni SERABUT lain macam je… Ada MASALAH ke…?

Mawi : MASALAH duit la AMAR… Tak pernah cukup… Dah sakit kepala aku duk fikir pasal ni… Nak harapkan GAJI memang dah tak cukup… Nak buat BISNES tak pandai…

Amar : Ha… Cakap pasal BISNES.. Apa kata kalau kau join aku buat ADS4BUCKS, boleh tahan juga POWER dia Mawi…

Mawi : ADS4BUCKS…? Ai… Macam bagus je bunyi dia Amar.. Boleh dapat HASIL ke? Kau nak ajak aku join kau ni, kau dah rasa ke dia punya POWER tu…?

Amar : Dah Mawi… Aku GERETI kau boleh buat punya… Bukan MLM, Bukan Skim Cepat Kaya, Bukan Program Kutu… Bukan Skim Piramid… Pendek kata lain dari yang lain…

Mawi : Ai… Semuanya bukan… Pelik ni AMAR…

Amar : Betul Mawi… Buat Online Trading dan Affiliate Program… Tak payah nak jual barang, nak ‘maintain’ apa-apa… Yang paling penting modal dia kecil… Tak payah buat ‘loan’ bank…!!! MUDAH, RINGKAS, EFEKTIF, LUMAYAN…!!! Modal sekali seumur hidup…!!!

Mawi : Ai… Aku dah BERMINAT dah ni… Macam-mana nak ‘join’ Amar…?

Amar : HAA… Mawi dah berminat untuk mencuba bisnes ADS4BUCKS… Bagaimana dengan ANDA? Sekiranya anda berminat untuk menyertai ADS4BUCKS, Hubungi atau SMS kami sekarang… (Daftar DISINI)

 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.