RSS
 

Archive for July, 2011

Jawatan Kosong | Agen Portal Iklan

24 Jul

 

Dengan Satu Klik, Pesanan Tiba Depan Rumah!

08 Jul

Putrajaya: Kini hanya dengan satu klik orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan dapur terus ke rumah tanpa perlu lagi memperuntukkan masa dan bersusah payah ke kedai runcit dan pasar raya.

Kemudahan ini disediakan Ads4Bucks Online Grocery untuk penduduk di sekitar Lembah Kelang bagi mendapatkan barangan keperluan dapur seperti beras, minuman bercoklat, gandum dan gula menerusi internet.

Pengerusi Ads4Bucks Network Sdn Bhd, Dr Zainol Abidin Mohd Sharif berkata, perkhidmatan pembelian melalui internet bukan perkara baru, malah terdapat pelbagai produk yang ditawarkan termasuk kosmetik, gajet, komputer, barangan elektrik dan pakaian.

“Cuma kami memperluaskan rangkaian produk kepada barangan keperluan dapur bagi memberi keselesaan kepada orang ramai dengan hanya menempah melalui internet,” katanya pada majlis pelancaran Ads4Bucks Online Grocery, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany.

Hadir sama, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ads4Bucks Network, Ameer Noraizeedin Abdul Wahab.

Zainol Abidin berkata, orang ramai boleh membuat pembayaran melalui perkhidmatan pertukaran proses pembayaran (FPX) dan barangan yang dibeli akan sampai di depan pintu keesokan harinya.

“Saya percaya kaedah ini lebih cekap dan akan mendapat sambutan kerana pengguna tidak perlu ke kedai,” katanya.

 

# Sumber: Harian Metro, 23 Jun 2011, m/s c38

# Ketahui Rahsia bagaimana dengan berbelanja anda mampu menjana pendapatan sehingga 4 angka… Klik Sini

 
 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.