RSS
 

Pernah Tak Terbayang…

05 Mar

Pernah tak terbayang…

 

Satu pagi anda terjaga dari tidur, anda tidak perlu pergi kerja lagi. Bukan sebab dibuang kerja. tapi pilihan anda untuk tidak meletak masa depan anda dan keluarga di tangan orang lain.

 

Pernah tak terbayang…

 

Satu pagi anda terjaga dari tidur, anda bertanya kepada isteri dan anak-anak

“Nak ke mana kita hari ini?” “Nak balik kampung”. Kemas barang dan terus jalan.

“Nak ke mana kita hari ini?” “Bercuti ke Pulau Tioman, ayah”. Kemas barang dan jalan.

 

Pernah tak terbayang…

 

Percutian anda bukan sahaja dalam negeri, malah luar negara. Bawa isteri dan anak-anak melihat dunia luar dari persekitaran rumah. rupa-rupanya ada kehidupan yang hebat di luar sana

 

Pernah tak terbayang…

 

Duit dan masa bukan lagi satu isu dalam hidup anda. Hidup bebas daripada hutang kerana anda mampu.

Anda bebas ke mana sahaja dengan keluarga bila-bila masa. 24 jam untuk keluarga.

 

Segala-gala dalam hidup anda dibayar tunai termasuk rumah, kereta, pengajian anak-anak, apa sahaja kerana anda mampu, segala permintaan anak-anak tiada lagi alasan untuk anda kata tidak, kerana anda mampu.

 

Anda boleh membantu sesiapa sahaja di dunia ini yang dalam kesusahan kerana anda mampu.

 

Menunaikan Haji dan umrah untuk seluruh kaum keluarga anda kerana anda mampu. Tubuhkan dana untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, anak-anak yatim kerana anda mampu.

 

Paling seronok, bukan hanya anda bebas masa dan kewangan, tapi juga anda mampu untuk membantu mereka mengubah masa depan mereka.

 

Pernah tak  terbayang…

 

Sakit pening anda dan keluarga tidak perlukan ‘approval’ dari orang lain untuk mendapatkan rawatan. Anda hantar isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan terbaik daripada pusat rawatan bertaraf 5 bintang kerana anda mampu.

 

Renungkan seketika…

 

Adakah rumah yang kita tinggal sekarang ini adalah rumah impian atau sekadar rumah untuk berteduh?

 

Adakah kereta yang kita pandu sekarang ini kereta idaman atau sekadar kenderaan untuk mudah bergerak?

 

Adakah anak-anak kita sudah diberi kehidupan terbaik atau mereka perlu cari sendiri  kerana kita sendiri tidak pernah diberi kehidupan terbaik oleh ayah & ibu kita dahulu?

 

Adakah kita bahagia dengan kehidupan sekarang?

 

Rutin :

 

- Bangun pagi hantar anak ke nurseri. Pergi kerja tempuh jam.

- Bermula kerja jam 9 pagi – berakhir 5 petang. Kadang-kadang OT sampai jam 10 malam

- Balik kerja sekali lagi tempuh trafik jam.

- Ambil anak kemudian bergegas balik masak untuk keluarga.

- Lepas makan malam, lepak depan tv sehingga habis siaran.

- Masuk tidur.

 

Esok bangun pagi. Segala rutin bermula lagi. Sedar tak sedar itulah kehidupan kebanyakan orang-orang biasa dan ada yang dah bertahun-tahun. Tiada PERUBAHAN

 

Pernah tak  terbayang…

 

Anda bebas dari rutin ini?

Rutin di atas adalah pilihan kita sendiri. Soalnya sampai bila?

 

Jika masa menjadi penghalang anda untuk menikmati gaya hidup terbaik, anda tidak akan ada masa sampai bila-bila untuk diri dan keluarga.

 

Jika sibuk menjadi alasan anda untuk mencapai segala impian anda, anda sebenarnya sibuk memenuhi impian orang lain.

 

Jika anak-anak menjadi alasan untuk anda tidak boleh keluar dari rutin, kenapa tidak terbalikkan ayat itu, “aku perlu keluar dari rutin demi anak-anak.”

 

PILIHAN di tangan anda.

 

Anda mungkin tidak mempunyai impian atau impian anda dah lama terkubur. Tapi lakukan sesuatu untuk penuhi impian anak-anak dan mereka yang anda sayangi.

 

Hakikat, memang tidak semua orang dalam dunia ini ditakdirkan untuk hidup senang-lenang.

 

Ada yang hidup miskin, sederhana, kaya, kaya raya.

 

Kenapa timbul kenyataan, “Nak buat macam mana dah takdir aku hidup miskin/ sederhana”?

 

Bila lihat orang lain memandu kereta berharga ratusan ribu, tinggal di mahligai, kehidupan hebat, itu bukan sahaja takdir tapi PILIHAN mereka.

 

Mereka memilih untuk hidup jauh berbeza daripada orang lain.

 

Tapi soalnya kenapa orang lain? Kenapa tidak KITA sendiri buat pilihan yang sama?

 

Bila peluang datang….

 

Anda bertanya “Apa tu? Macam mana? Betul ke macam tak percaya? Ini bukan untuk aku! tak pandai! sibuk! malas! tak ada masa! anak kecil lagi! tak sesuai! alah sama saja!”

 

Peluang itu berlalu, dan diambil oleh orang lain. Orang lain itu bertanya “Kenapa tidak?” Orang lain buat pilihan untuk rebut peluang depan mata.

 

Anda masih meneruskan pencarian….

 

Kita selalu berkata..

“Jika aku diberi peluang….Jika…Jika…Jika…dan terus Jika…

 

HIDUP HANYA SEKALI, dan biarlah kehidupan yang SEKALI ini memberi manafaat kepada DUNIA dan kehidupan di dalamnya..

 

Berusahalah yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Perubahan hanya berlaku bila kita buat PILIHAN.

 

Impian tanpa tindakan hanya angan-angan. Berhati-hati…

 

Setiap hari kita berhadapan dengan PILIHAN, dan setiap pilihan itu akan menentukan masa depan kita… oleh itu buatlah pilihan yang membuatkan kehidupan anda lebih baik…

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

“Kehidupan kita di dunia ini umpama pentas lakonan. Kita yang jadi pelakonnya dan kita juga yang jadi penontonnya. Setiap hari yang kita lalui juga merupakan satu proses pembelajaran yang tak ada titik penamatnya. Satu episod demi satu episod kehidupan kita terokai. Proses ini akan berterusan pada setiap hari sebaik saja kita celikkan mata. Proses ini akan terhenti bila kita pejamkan mata tapi tak celik-celik lagi..

 

Fikir-fikirkanlah…

 

# Artikel oleh Tuan Jailanee Othman

# Untuk anda yang masih tercari-cari sumber pendapatan, disinilah tempatnya… Segera Bertindak!

 

Leave a Reply

 
 
 

Bad Behavior has blocked 21 access attempts in the last 7 days.