RSS
 

Archive for the ‘Sharing Is Caring’ Category

Pernah Tak Terbayang…

05 Mar

Pernah tak terbayang…

 

Satu pagi anda terjaga dari tidur, anda tidak perlu pergi kerja lagi. Bukan sebab dibuang kerja. tapi pilihan anda untuk tidak meletak masa depan anda dan keluarga di tangan orang lain.

 

Pernah tak terbayang…

 

Satu pagi anda terjaga dari tidur, anda bertanya kepada isteri dan anak-anak

“Nak ke mana kita hari ini?” “Nak balik kampung”. Kemas barang dan terus jalan.

“Nak ke mana kita hari ini?” “Bercuti ke Pulau Tioman, ayah”. Kemas barang dan jalan.

 

Pernah tak terbayang…

 

Percutian anda bukan sahaja dalam negeri, malah luar negara. Bawa isteri dan anak-anak melihat dunia luar dari persekitaran rumah. rupa-rupanya ada kehidupan yang hebat di luar sana

 

Pernah tak terbayang…

 

Duit dan masa bukan lagi satu isu dalam hidup anda. Hidup bebas daripada hutang kerana anda mampu.

Anda bebas ke mana sahaja dengan keluarga bila-bila masa. 24 jam untuk keluarga.

 

Segala-gala dalam hidup anda dibayar tunai termasuk rumah, kereta, pengajian anak-anak, apa sahaja kerana anda mampu, segala permintaan anak-anak tiada lagi alasan untuk anda kata tidak, kerana anda mampu.

 

Anda boleh membantu sesiapa sahaja di dunia ini yang dalam kesusahan kerana anda mampu.

 

Menunaikan Haji dan umrah untuk seluruh kaum keluarga anda kerana anda mampu. Tubuhkan dana untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik, anak-anak yatim kerana anda mampu.

 

Paling seronok, bukan hanya anda bebas masa dan kewangan, tapi juga anda mampu untuk membantu mereka mengubah masa depan mereka.

 

Pernah tak  terbayang…

 

Sakit pening anda dan keluarga tidak perlukan ‘approval’ dari orang lain untuk mendapatkan rawatan. Anda hantar isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan terbaik daripada pusat rawatan bertaraf 5 bintang kerana anda mampu.

 

Renungkan seketika…

 

Adakah rumah yang kita tinggal sekarang ini adalah rumah impian atau sekadar rumah untuk berteduh?

 

Adakah kereta yang kita pandu sekarang ini kereta idaman atau sekadar kenderaan untuk mudah bergerak?

 

Adakah anak-anak kita sudah diberi kehidupan terbaik atau mereka perlu cari sendiri  kerana kita sendiri tidak pernah diberi kehidupan terbaik oleh ayah & ibu kita dahulu?

 

Adakah kita bahagia dengan kehidupan sekarang?

 

Rutin :

 

- Bangun pagi hantar anak ke nurseri. Pergi kerja tempuh jam.

- Bermula kerja jam 9 pagi – berakhir 5 petang. Kadang-kadang OT sampai jam 10 malam

- Balik kerja sekali lagi tempuh trafik jam.

- Ambil anak kemudian bergegas balik masak untuk keluarga.

- Lepas makan malam, lepak depan tv sehingga habis siaran.

- Masuk tidur.

 

Esok bangun pagi. Segala rutin bermula lagi. Sedar tak sedar itulah kehidupan kebanyakan orang-orang biasa dan ada yang dah bertahun-tahun. Tiada PERUBAHAN

 

Pernah tak  terbayang…

 

Anda bebas dari rutin ini?

Rutin di atas adalah pilihan kita sendiri. Soalnya sampai bila?

 

Jika masa menjadi penghalang anda untuk menikmati gaya hidup terbaik, anda tidak akan ada masa sampai bila-bila untuk diri dan keluarga.

 

Jika sibuk menjadi alasan anda untuk mencapai segala impian anda, anda sebenarnya sibuk memenuhi impian orang lain.

 

Jika anak-anak menjadi alasan untuk anda tidak boleh keluar dari rutin, kenapa tidak terbalikkan ayat itu, “aku perlu keluar dari rutin demi anak-anak.”

 

PILIHAN di tangan anda.

 

Anda mungkin tidak mempunyai impian atau impian anda dah lama terkubur. Tapi lakukan sesuatu untuk penuhi impian anak-anak dan mereka yang anda sayangi.

 

Hakikat, memang tidak semua orang dalam dunia ini ditakdirkan untuk hidup senang-lenang.

 

Ada yang hidup miskin, sederhana, kaya, kaya raya.

 

Kenapa timbul kenyataan, “Nak buat macam mana dah takdir aku hidup miskin/ sederhana”?

 

Bila lihat orang lain memandu kereta berharga ratusan ribu, tinggal di mahligai, kehidupan hebat, itu bukan sahaja takdir tapi PILIHAN mereka.

 

Mereka memilih untuk hidup jauh berbeza daripada orang lain.

 

Tapi soalnya kenapa orang lain? Kenapa tidak KITA sendiri buat pilihan yang sama?

 

Bila peluang datang….

 

Anda bertanya “Apa tu? Macam mana? Betul ke macam tak percaya? Ini bukan untuk aku! tak pandai! sibuk! malas! tak ada masa! anak kecil lagi! tak sesuai! alah sama saja!”

 

Peluang itu berlalu, dan diambil oleh orang lain. Orang lain itu bertanya “Kenapa tidak?” Orang lain buat pilihan untuk rebut peluang depan mata.

 

Anda masih meneruskan pencarian….

 

Kita selalu berkata..

“Jika aku diberi peluang….Jika…Jika…Jika…dan terus Jika…

 

HIDUP HANYA SEKALI, dan biarlah kehidupan yang SEKALI ini memberi manafaat kepada DUNIA dan kehidupan di dalamnya..

 

Berusahalah yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Perubahan hanya berlaku bila kita buat PILIHAN.

 

Impian tanpa tindakan hanya angan-angan. Berhati-hati…

 

Setiap hari kita berhadapan dengan PILIHAN, dan setiap pilihan itu akan menentukan masa depan kita… oleh itu buatlah pilihan yang membuatkan kehidupan anda lebih baik…

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

“Kehidupan kita di dunia ini umpama pentas lakonan. Kita yang jadi pelakonnya dan kita juga yang jadi penontonnya. Setiap hari yang kita lalui juga merupakan satu proses pembelajaran yang tak ada titik penamatnya. Satu episod demi satu episod kehidupan kita terokai. Proses ini akan berterusan pada setiap hari sebaik saja kita celikkan mata. Proses ini akan terhenti bila kita pejamkan mata tapi tak celik-celik lagi..

 

Fikir-fikirkanlah…

 

# Artikel oleh Tuan Jailanee Othman

# Untuk anda yang masih tercari-cari sumber pendapatan, disinilah tempatnya… Segera Bertindak!

 

11 Langkah Mencapai Apa Sahaja Matlamat 2012 ANDA!

27 Dec

#1.  Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

“Tanpa Keinginan, Matlamat Tidak Akan Tercapai”

 

#2. Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… Anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

 

#3. Tulis Matlamat Anda

Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

 

#4. Senaraikan Kebaikan Yang Anda Akan Kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan membakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai. Ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya…

 

#5. Cerminkan Diri Sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

 

#6. Tetapkan Deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bilakah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

 

#7. Ketahui Rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

 

#8. Ilmu Tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk anda punyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

 

#9. Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi, seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci, dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

 

#10. Bina Gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

 

#11. Janji Pada Diri Sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan, usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan, oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda, jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

 

Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu diimplementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

 

> Artikel oleh Dr. Irfan Khairi

> Sertai Bisnes Alaf Baru disini…

 

Tips Motivasi | Bagaimana Untuk Berjaya

09 Sep

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera… Salam 1Malaysia…

Kepada Rakan Niaga Sixtyninez Group…

Dalam perjalanan kita ke puncak kejayaan, kita harus sentiasa motivasi diri kita & rakan niaga kita, sebab 80% kejayaan kita bergantung kepada kepada motivasi kita setiap hari. Jadi di sini, saya ingin memberi TIPS macam mana memotivasikan diri dan rakan niaga kita…

  • Baca Buku-Buku Motivasi – Terus ambil point-point yang terpenting dan terus gunakan point itu sebagai bahan percakapan dengan Agent & prospek-prospek baru.

 

  • Kita Mesti Memahami Tugas Kita Sebagai E-Networker -  Tugas kita adalah untuk meyakinkan prospek serta Agent terhadap anda, Ads4bucks. Maka, anda harus jadikan percakapan anda sebagai modal bisnes anda setiap hari. Anda perlu transfer motivasi serta kepercayaan anda kepada prospek dan rakan niaga anda. Bercakaplah benda-benda yang positif sahaja… Gunalah produk-produk Ads4bucks dan tools-tools sixtyninez, pasti anda dapat transfer aura yang positif. Beri prospek anda cuba produk-produk kita. Amalkan sikap pakai produk kita setiap hari. Pakai produk pun boleh dapatkan motivasi.

 

  • Hadir Setiap Program Sixtyninez Group, Ads4bucks Corporate Night -  Barulah anda berupaya transfer EXCITEMENT kepada mereka yang perlu… Bila hadir, jangan pergi dengan tangan kosong. Jemput agen-agen dan bawa mereka ke aktiviti-aktiviti. dan bawa buku catitan untuk catat idea-idea yang anda rasa bagus DAN TERUS GUNAKANNYA.

 

  • Motivasikan Ahli Keluarga Anda – Motivasi bermula dari anda kepada keluarga dan terus kepada jaringan anda. Caranya…? Jemput upline ke rumah, bawa keluarga ke aktiviti dan kenalkan mereka dengan pemimpin yang positif. Bayangkan bila mereka bermotivasi, sudah pasti keluarga anda bertambah bahagia dan menyokong anda…

 

  • Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Berilmu & Positif  -  Ambil gambar bersama Pemimpin Tertinggi (Top Leader). Buat album & tunjuklah kepada rakan niaga supaya anda sentiasa transfer excitement. Bersalamlah dengan mereka yang positif & amalkan sikap sanggup tanya apa-apa saja… Bersedia untuk belajar, diajar dan jangan kurang ajar…

 

  • Amalkan Semangat GEGO, Iaitu  GET UP & GO OUT – Tidak kira sama ada anda bosan atau tidak, ketika anda tengah rehat, anda TERUS BANGUN, & TERUS KELUAR UNTUK DAPATKAN PROSPEK ATAU BERJUMPA DENGAN UPLINE…

 

  • Pergi Bersenam/Bersukan/Latihan/Exercise, Main Game  dll -  Atau anda cuba buat shopping sampai cuma cukup duit untuk pulang. Maksud saya bukan pakai kad kredit. Beli suatu benda yang anda paling suka atau untuk orang yang paling anda sayangi. Puaskan hati anda, LEPAS TU ANDA KERJA SEPENUHNYA… Teknik ini teknik motivati diri yang lebih drastik sebab matlamatnya adalah untuk motivasikan diri ke tahap “urgent”. Atau Exerciselah sampai berpeluh. Atau ajak rakan niaga main game sama-sama & berpeluh sama-sama…

 

  • Senyumlah, Ketawalah Banyak-Banyak Setiap Hari -  Orang suka dengan orang yang HAPPY. So don’t worry, just be happy…!!! :)

 

  • Tonton DVD Sixtyninez Dan Pinjamkan Kepada Prospek & Jaringan Anda -  Baca Buku  Jutawan untuk motivasikan diri anda….

 

  • Semua Kejayaan Memerlukan Pengorbanan – Dan segala pengorbanan perlu dibuat dengan suatu ketekunan dan kesabaran. Sebab setiap tindakan yang konsisten dan keyakinan yang kukuh akan membawa kejayaan. Kekalkan tabiat pecah rekod peribadi setiap hari. Jangan asyik guna startegi yang sama. Jangan cari dan tunggu prospek yang sama. Jangan sesekali dipengaruhi oleh downline-downline yang tak sanggup dan tak nampak masa depan mereka akan bertukar bersama Sixtyninez Group. Teruskan perjuangan! jika berjuang biarlah berhabisan. Kalau tengok ular yang bahaya kita cari buluh. Kita pukul ular habis-habisan. Mungkin ular yang mati, mungkin buluh yang patah. Itulah maksud perjuangan sejati! GO BACK TO ZERO.

 

  • Sentiasa Cari Idea Baru Untuk Dapatkan Prospek Baru – Berani untuk berjumpa orang yang mempunyai ramai kawan atau kedudukan tinggi. Kejayaan tiada akhirnya dan kegagalan tidak akan selama-lamanya. Rezeki anda mungkin di depan anda. Ada yang berjaya cepat dan ada yang laju. Kolonel Sander dari KFC baru berjaya pada umur 60′an selepas gagal 1520 kali dengan formula KFCnya. Manakala Tiger Wood yang berjaya pada umur 20′an. Lihat ke arah pasaran baru. Percayalah anda mempunyai potensi untuk berjaya…! You are not alone… ANDA BOLEH! GO! GO ! GO Sixtyninez Group…

.

Ingatlah kata-kata saya, anda perlu dapatkan rasa “FEEL GOOD”, BARULAH ANDA BOLEH MOTIVASIKAN JARINGAN ANDA. Motivasi diri anda dengan slogan “We Lead While Others Follow”. Jadikan diri yang terbaik di antara keluarga anda. Pecah rekod dalam keluarga anda, terkaya sekali! Jadikan pecah recod salah satu matlamat hidup anda…!!! Ya , terus percaya!!! dan diberkati oleh-Nya, Go Go Sixtyninez Group… Go Go Ads4bucks…!!!

.

#  Sharing is Caring… & Loving…

 
 

Bad Behavior has blocked 21 access attempts in the last 7 days.