RSS
 

Archive for the ‘Tips Kewangan’ Category

Tip Untuk Tidak Melengahkan Masa & Kerja

27 Apr

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

 

Artikel Oleh : Irfan Khairi, Jutawan Internet

P/S: Jangan melengahkan masa untuk menambah pendapatan di Internet menerusi Ads4bucks. Jom Klik di sini.

 
 

Apakah Ertinya Bebas Kewangan…

21 Nov

Baru-baru ini saya berbual dengan seorang rakan saya yan merupakan seorang pakar dalam bidang kewangan. Katanya, tak lama lagi, 2012, sekali lagi kita akan dilanda krisis kewangan. Ini kerana kini boleh lihat keadaan ekonomi di dunia (dan Malaysia) yang menunjukkan trend ke arah ini. Namun, katanya, ia tidaklah seteruk kemelesetan ekonomi yang terjadi beberapa tahun lepas.

Sama ada betul atau tidak berita ini, kita semua perlu berhati-hati dalam pengurusan kewangan kita. Bak pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan”.

Teringat keadaan ekonomi yang tidak stabil beberapa tahun lepas memberi impak dan juga kesedaran bagi ramai untuk lebih peka dengan keadaan pengurusan wang. Namun, seringkali apabila keadaan menjadi stabil, mula pula lupa tentang pentingnya pengurusan wang. Bila dalam keadaan terdesak, barulah kita kelam kabut mencari penyelesaiannya.

Perkara ini tidak sepatutnya terjadi oleh kerana masalah wang, adalah seperti masalah kesihatan. Lagi awal kita dapat ‘detect’ masalah tersebut, lebih mudah kita boleh cari ubatnya- sebelum terlewat.

Artikel kali ini bertajuk “Apakah ertinya bebas kewangan?”

Mudahan anda mendapat manfaat dan sering menyediakan payung sebelum hujan! ;)

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)

Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.

  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000 – Ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan

 

Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!

# Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Ads4bucks sekarang… Jadikan Azam baru 2012 untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!

# Artikel oleh Dr. Irfan Khairi

 
 

Tiga (3) Tips Bebas Kewangan Dari Mentor Jutawan

10 Nov

Baiklah, secara ringkasnya saya ingin kongsikan tiga (3) tips Bebas Kewangan untuk manfaat untuk anda. Sekiranya ingin mencapai Kebebasan Kewangan maka tiga (3) disiplin ini perlu dipraktikkan :

1. Jana Pendapatan Pasif
Perkara paling penting ialah untuk mempunyai sumber pendapatan pasif yang banyak dan berterusan supaya dapat menampung keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian. Stable passive income ini datangnya dari aset hartanah seperti membeli rumah untuk disewa, menulis buku, menulis ebook, compose lagu, buat software/system dan sebaginya. Kita buat kerja sekali saja, kemudian hasilnya boleh dikutip banyak kali secara berterusan.

Kerjanya mudah tanpa risiko tinggi. Saya pun tidak ketinggalan dapat passive income dari program affiliate dan ebook yang mana hampir setiap hari sentiasa ada jualan.

Pentingnya stable passive income ini untuk membayar semua bil, hutang-piutang, mahupun memenuhi keperluan hidup seharian tanpa perlu kerja dari jam 8 hingga 5 petang. Pendapat pasif ini automatik, ia berfungsi sendiri tanpa henti. Jika makan gaji (active income) kena tunggu hujung bulan baru masuk. Lagi banyak passive income lagi besar untungnya.

2. Bebas-Hutang
Disiplin kedua ini melibatkan pengurusan kewangan yang efisien. Sebanyak mana hutang kita? Kenali jenis-jenis hutang seperti hutang baik vs hutang jahat. Pertamanya singkirkan hutang jahat seperti hutang kad kredit & pinjaman peribadi. Jika boleh buat smart refinancing mahupun atur semula pembayaran hutang dengan kadar interest yang jauh lebih rendah. Bila kita mampu membayar semua hutang dan menjadi bebas dari hutang itu lebih baik kerana hidup kita sudah tidak terikat dengan bank mahupun mana-mana institusi peminjaman.

Lebih cepat bebas hutang, lebih cepat capai bebas kewangan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan bebas dari belenggu hutang. Rancang kewangan harian dan bulanan anda sebaik mungkin. Senaraikan mengikut keutamaan. Saya pula lebih suka memilih bayaran tunai dan sentiasa bayar apa jua bil pada waktunya. Jarang berhutang untuk urusan peribadi kecuali ada keperluan dalam bisnes.

3. Simpanan & Pelaburan
Sentiasa ada Tabung Kecemasan untuk enam (6) bulan kos sara hidup kita. Lagi banyak lagi bagus. Simpan dalam bentuk ASB/ASN atau Tabung Haji yang tinggi kadar liquidity-nya. Boleh juga simpan dalam bentuk emas yang mana jauh lebih stabil daripada matawang ringgit. Simpan duit dalam bentuk emas fizikal seperti dinar emas.

Memang kena buat simpanan paling kurang 10% daripada pendapatan bulanan kita. Jika lagi tinggi sudah tentu lagi bagus.

Oklah hanya sekadar ini dulu tiga (3) tip bebas kewangan yang boleh saya kongsikan. Moga ianya bermanfaat untuk anda.

Kepada anda yang masih tercari-cari pendapatan pasif, saya ingin perkenalkan kepada anda Ads4bucks, gabungan program affiliate dan portal iklan. Juga mampu menjana pendapatan pasif sehingga RM20 ribu sebulan. Sebelum itu, jom kita korek rahsia anak muda bergelar jutawan internet dalam masa kurang 10 bulan dengan program ini…. Klik Pengenalan | Rahsia JUTAWAN INTERNET…

 
 

Tiga Sebab Masalah Kewangan

07 Nov

Sebenarnya terdapat tiga sebab utama kenapa masalah kewangan berlaku dikalangan masyarakat kita…

Pertamanya adalah kerana tidak membuat keputusan untuk bebas dari masalah kewangan. Ya memang betul, ramai yang berdoa dan berangan-angan untuk menjadi kaya, namun mereka tidak mengambil keputusan yang jitu untuk berusaha mencapai kebebasan dan kejayaan dalam kebebasan kewangan.

Sekiranya anda inginkan kekayaan, anda perlu meletakkannya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Sekiranya anda ingin menjadi doktor, anda belajar perubatan… Sekiranya anda ingin menjadi peguam, anda belajar undang-undang… Sekiranya anda ingin menjadi penyanyi, anda pelajari muzik… Tetapi sekiranya anda ingin mencapai kebebasan kewangan, anda perlu belajar mengenai wang…

Buatlah keputusan untuk mengutamakan perilah kewangan anda.

Kedua, walaupun ada yang ingin mencapai kebebasan kewangan, mereka menangguh-nangguhkan langkah. Sehingga menjadi terlalu lewat. Setiap penangguhan tersebut disertakan pelbagai alasan. Seperti kata pakar motivasi Dr. Fadhilah Kamsah “Orang lain buat duit, kita buat alasan…”

Setiap alasan yang diberi logik-logik belaka. Ya la, nama pun alasan… Manusia seringkali memikirkan atau tergerak untuk membuat sesuatu apabila wujudnya masalah sahaja, seperti masalah kewangan. Sebelum terdapat sebarang masalah, kita bagaikan tak endah sahaja, rileks, tenang seperti tak ada apa yang berlaku…

Tetapi bila terjadinya masalah kewangan, masa itulah kita mencari-cari dan memikirkan jalan penyelesaiannya. Baru itulah nak kelam kabut, terkejar kesana-sini sehingga sudah terlewat untuk bertindak… Oleh itu, kita perlu bersedia dari awal… “Sediakan payung sebelum hujan”

Sedarilah, terdapat hubungan antara wang dan masa, iaitu sekiranya anda bercita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan, lebih awal anda mula, sedikit anda perlu simpan… Semakin lewat anda mula, maka semakin banyak anda perlu simpan…

Sebagai contoh, anda mula menyimpan bermula umur 20 tahun, untuk memperolehi satu juta selepas umur 60 tahun, anda hanya perlu menyimpan RM100 saja sebulan. Tetapi jika anda lewat menyimpan, menundakan perancangan anda sehingga umur anda 40 tahun, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1000 setiap bulan… Jadi mulakan seawal yang mungkin… Bila lagi kalau bukan hari ini, ataupun sekarang…

Sebab ketiga sebab masalah kewangan masih berlaku adalah kerana sikap takut kegagalan… Oleh kerana takut gagal, seseorang itu tidak meletakkan usaha yang lebih untuk mencapai sesuatu. Akibat takut menghadapi kegagalan, seseorang itu tidak memulakan perniagaan, tidak memulakan usaha, tidak meletakkan semangat yang sekuatnya… Buat kerja pun ala kadar saja… Dalam fikiran, kalau gagal pun tak mengapa… Tak adalah terasa sangat, sebab kita buat sikit saja… Tiada tekananlah katakan

Ada yang mengatakan musuh kejayaan adalah Takut Kepada Kegagalan. Saya ulang semula, musuh utama kejayaan adalah takut kepada kegagalan… Bukannya kegagalan sendiri…

Kegagalan mengajar kita cara untuk berjaya, tetapi takut kepada kegagalan menghalang kita daripada mengambil langkah pertama. Seperti mana yang diperkatakan, 98% mereka yang berjaya dalam kewangan pada hari ini pernah menempuh kegagalan. Mungkin pernah gagal dalam perniagaan, mengalami hutang keliling pinggang.

Tetapi apa yang membezakan mereka yang berjaya dalam kewangan adalah mereka bangun kembali dan teruskan apa yang mereka mulakan. Sekiranya anda ingin mencapai kebebasan kewangan dari ZERO menjadi HERO, maka berikut merupakan kunci kejayaan yang perlu anda pegang.

Untuk anda yang inginkan kebebasan dalam kewangan dalam masa kurang satu tahun, saya ada cara dan bagaimana untuk merealisasikannya… Jom ketahui rahsia seorang anak muda bergelar JUTAWAN dalam masa sembilan bulan sahaja… Klik Pengenalan | Rahsia JUTAWAN INTERNET…

 
 

Lima (5) Tips Motivasi Kewangan Dari JUTAWAN INTERNET

27 Oct

Berikut merupakan Tips Motivasi Kewangan oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi…  Buat perkongsian untuk kita bersama :

Ucap : “ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH”… Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang dan malam…

Buat Apa Yang Kita Minat… Buat apa yang kita cinta. Kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. Tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. Masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

Sekiranya Segalanya Tidak Seperti Kita Mahu… Atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. Dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi insan yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

Untuk BERJAYA, Kita Perlu Melatih Minda Kita Untuk Melihat Peluang-Peluang… Iaitu Peluang yang ada di sekeliling kita. Untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

Kita Akan Jadi Seperti Orang Yang Disekeliling Kita… Jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api… Begitu juga jika anda ingin kaya, kita buat apa yang orang kaya buat… Kita buat macam-mana mereka buat duit… Jalan dah ada, ikut saja… Nak jadi JUTAWAN, jom kongsi rahsia bagaimana menjadi JUTAWAN… Klik je PENGENALAN | RAHSIA JUTAWAN INTERNET

 
 

Tips Kewangan Dari JUTAWAN INTERNET

15 Oct

Berikut adalah antara 5 tip kewangan JUTAWAN INTERNET

  • Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit
  • PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
  • Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
  • Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

.

Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya, boleh sertai sekarang… sebelum tu layari page ini…

 
 
 

Bad Behavior has blocked 6 access attempts in the last 7 days.