RSS
 

Archive for the ‘Tips Perniagaan’ Category

Gagal Dalam Bisnes… Frustnya!!!

17 Nov

Pernahkah anda mengalami kegagalan dalam menjalankan bisnes. Ramai yang gagal dan itu tidak dinafikan. Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih… siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?

 

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tetapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal… atau perniagaan ke empat… ke lima… ke enam… dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti

 

  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana “takut”. Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana… cuma dari pengalaman!

 

  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.

 

Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, “Why do we fall?”, dan jawapan yang dia dapat adalah “Because we can learn to pick ourselves up again!”

 

So, don’t worry. Be happy… tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

 

# Artikel dikongsi oleh Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia)

# Jom kita naik semula bersama-sama saya di Ads4bucks… Kita All Out sampai berjaya!

 

Tip Perniagaan: Teknik Mendapatkan Idea Perniagaan

10 Sep

Tahukah anda, satu teknik untuk mendapatkan idea perniagaan adalah dengan banyak berdialog dengan diri sendiri… dan orang lain!

Berdailog dengan diri sendiri: Ertinya, bercakap dengan diri sendiri. Berdialog dalam kepala anda. Apabila ternampak sesuatu perniagaan di keliling anda, bercakap dan tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan penting berikut:

  • Apakah kekuatan perniagaan tersebut? Bolehkah saya mulakannya? Apakah kehebatannya jika saya mulakan perniagaan ini? Apakah bezanya perniagaan ini dengan perniagaan yang lain?
  • Apakah kelemahan perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, apakah pembaikan yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh perbaiki kelemahan tersebut supaya boleh menjadi kekuatan?
  • Apakah peluang-peluang yang ada dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, adakah masih mempunyai peluang setelah dibaiki kelemahan? Bagaimana untuk mendapat peluang yang lebih dalam perniagaan ini – lokasi? pasaran berbeza? harga?
  • Apakah halangan dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya ingin mulakan perniagaan ini, apakah halangannya? mungkin dari segi modal, dari segi pesaingan, dari segi lokasi, dan sebagainya.

.

Senaraikan segala jawapan yang anda dapat ketika berdialog dengan diri sendiri, dan ini adalah analisis awal idea perniagaan anda!

Berdailog dengan orang lain: Selepas menjalankan brainstorming di atas, kini anda bersedia untuk melakukan perbincangan atau mendapat input orang lain. Berkongsi idea dengan orang lain adalah penting oleh kerana anda akan mendapat input dari pelbagai pihak – sama ada positif ataupun negatif. Setidaknya, anda akan dapat tahu sama ada idea yang anda fikirkan adalah bagus, ataupun anda hanya syok sendiri! ;)

Apa pun, nasihat akhir adalah untuk percaya pada diri anda sendiri. Sering terjadi, di mana orang lain tidak suka dan tidak setuju dengan idea perniagaan anda – tetapi, apabila dilakukan perniagaan tersebut mendapat sambutan yang amat hebat! Perniagaan BodyShop, Apple Computers, FedEx dan banyak lagi bermula dengan pelbagai input negatif orang lain… tetapi terbukti menjdi perniagaan yang berjaya sehingga hari ini. Tepuk dada, tanya selera! ;)

# Tips oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi

 
 

Bad Behavior has blocked 9 access attempts in the last 7 days.