RSS
 

Selamat Menyambut Happy Deepavali

26 Oct

Selamat menyambut perayaan Happy Deepavali dari saya Admin Blog kepada seluruh masyarakat India yang beragama Hindu di Malaysia…

 

Semoga perayaan kali ini memberi seribu cahaya buat anda dan keluarga tercinta… Cahaya Kegembiraan, Cahaya Kebahagiaan dan Cahaya Kejayaan…  Sekali lagi saya ucapkan Selamat Happy Diwali…

 
 

Strategi Balik Modal…

20 Oct

Selepas anda sertai program Ads4bucks… Terlebih dahulu perkara yang anda perlu lakukan adalah untuk balik modal… Untuk balik modal, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut :-

1. Perkenalkan TIGA (3) orang rakan untuk sertai anda di Ads4bucks dengan Pakej yang sama dengan anda, iaitu Pakej Platinum (RM420)…

2. Sekiranya ketiga-tiga rakan anda tersebut sertai anda dengan Pakej Platinum, maka anda akan dapat insentif sebanyak RM300 untuk Insentif Pengenalan Agen… (RM100 x 3 orang = RM300)

3. Kemudian anda daftar ketiga-tiga rakan tersebut ke dalam sistem. Dan anda akan diberi sebanyak RM60 untuk Insentif Pendaftaran… (RM20 x 3 orang = RM60)

4. Selepas lengkap proses pendaftaran, anda akan terima lagi insentif untuk Jualan Kumpulan. Insentif ini akan diberi selepas jam 4 petang. Insentif untuk Jualan Kumpulan akan diberi mengikut pasangan… Tiap pasang akan diberi sebanyak RM40. Selepas jam 4 petang anda akan terima insentif sebanyak RM80 (2 pasang = RM80)

 

> Baiklah, Anda kira semula untuk ketiga-tiga insentif diatas… RM300 + RM60 + RM80 = RM440

> Ya anda telah pun berjaya untuk balik modal dalam perniagaan ini..

> Apa langkah seterusnya…. Saya akan kongsikan dengan anda selepas anda sertai saya di dalam Program yang Unik ini…

 
 

Tiga Kunci Kekayaan

06 Oct

Apa khabar Anda? Semoga sihat-sihat hendak-Nya.

Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda… Sebuah buku bertajuk “Petunjuk Jalan Kekayaan” yang ditulis oleh Chef Li.

 

Sungguh hebat isi kandungannya, ianya berjaya mengembalikan semangat saya yang luntur sebelum ini. Kalau Anda masih buntu dan tercari-cari haluan kehidupan, elok Anda membaca buku ini.

Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah Tiga Kunci Kekayaan daripada Enam Kunci Kekayaan yang telah di petik daripada buku tersebut:-

.
#1 Mempunyai Satu Usaha Yang Mendatangkan Wang

Kenapa kita tak kaya? Ini disebabkan kita tak memperkayakan diri sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain. Anak isteri kita bahkan seluruh keluarga kita tidak membantu
kita menjadi kaya…. Sebaliknya mereka turut membantu memperkayakan orang lain.

Maksudnya, setiap pendapatan yang kita dapat kita masukkan ke poket orang lain dan akhirnya terhimpun menjadi kekayaan mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah orang-orang yang memenuhi keperluan hidup kita. Mereka adalah penjual sayur, ikan dan daging di pasar, penjual perabot, penjual barangan elektrik, penjual pakaian dan berpuluh-puluh orang yang mengambil keseluruhan pendapatan kita… Hingga lansung tidak tersisa untuk kekayaan kita.

.
#2 Kekayaan Bermula Dengan Menyimpan Sebahagian Daripada Pendapatan Secara Berterusan.

Sampai bila-bila pun kita tak akan kaya jika kita tak mula menyimpan. Simpan sebahagian daripada pendapatan anda.

Walaupun kita hanya mendapat RM10 sehari, kita harus berusaha untuk dapat menyimpan RM1 sehari,
esok simpan RM1 lagi. Bererti esok, kita lebih kaya sebanyak RM1 dari hari ini. Teruskan agar kita sentiasa lebih kaya dari kelmarin. Teruskan dan teruskan menyimpan sehingga akhirnya kita lebih kaya daripada kawan-kawan kita yang tidak menyimpan.

“Mahu menyimpan bagaimana, kalau pendapatan kita hanya cukup-cukup makan”.

“Ya… Itulah kesilapan kita menabung apabila mempunyai wang yang lebih. Sebenarnya, kita tak akan ada wang yang lebih jika kita tak mulai menyimpan. Kita sebenarnya boleh menyimpan jika kita mahu. Jangan fikirkan jumlahnya, fikirkan bagaimana kita boleh menyimpan berterusan…

.
#3 Menggandakan Wang Kita Melalui Pelaburan Yang Bersih Dan Menguntungkan

“Menggandakan wang adalah melaburkannya semula ke dalam perniagaan supaya keupayaan menyimpan kita bertambah.

Pelaburan mestilah untuk jangka panjang. Tiada pelaburan singkat. Kita tak harus percaya kepada pelaburan kilat yang menjanjikan habuan segera.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Tiga Kunci Kekayaan lagi anda boleh baca sendiri di buku tersebut. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan seisi keluarga.

 

# Tips Murah Rezeki : Amalkan membaca surah Al-Waqiah dan Solat Sunat Dhuha setiap hari…

 
1 Comment

Posted in Jom Baca

 

Kak Wa Ubah Taraf Hidup Melalui Bisnes Internet

30 Sep

“Kemajuan dunia teknologi masa kini telah membuka banyak peluang kepada golongan usahawan untuk menjana pendapatan yang lumayan. Kesempatan yang terbuka luas di depan mata dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Maizura Mazlan demi mengubah taraf kehidupan selain mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.”

 

Konsep perniagaan yang saya jalankan ini lebih kepada mempromosikan laman web (Program Affiliate). Pihak syarikat akan melantik agen untuk mempopularkan sesuatu laman web. Untuk menjadi agen anda perlu menjadi agen dengan cara membeli pakej dan produk yang kami tawarkan.

Perniagaan ini merupakan produk perkhidmatan yang merangkumi blog, sms blaster, e-library, serta pejabat maya selain aktiviti jual beli menerusi internet. Sebenarnya perniagaan ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai minat dan kesungguhan untuk berusaha,” ujar Maizura Mazlan yang mesra disapa Kak Wa.

 

Menurut Kak Wa perniagaan ini amat sesuai untuk golongan wanita terutama suri rumah yang ingin mengubah kehidupan mereka serta punya pendapatan sendiri. Mereka yang bekerja terutama wanita yang ingin mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga juga sesuai menyertai perniagaan ini dan boleh dilakukan secara sambilan bagi menjana pendapatan lumayan.

 

“Perniagaan ini dapat membantu orang ramai menambah pendapatan mereka, selain berpeluang untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Melalui perniagaan ini, setiap agen boleh menjana pendapatan lumayan setiap hari, namun perniagaan ini tetap memerlukan usaha kerana ini bukanlah skim cepat kaya atau skim pelaburan internet.”

 

“Perniagaan ini juga sesuai untuk golongan usahawan yang ingin berniaga tetapi mempunyai modal yang terhad. Bagi mereka yang tidak mempunyai bisnes juga sebenarnya boleh menjana pendapatan melalui aplikasi blog dan e-mall. Modal untuk menjadi agen hanya serendah RM150 sahaja, namun berpotensi untuk memperoleh pendapatan yang lumayan amat cerah asalkan rajin berusaha,” ujar Kak Wa yang berhasrat untuk mencapai rating sasaran laman web syarikat seperti Yahoo, Google yang cukup terkenal di seluruh dunia.

 

Sejak terlibt dengan bisnes internet, kehidupan Kak Wa berubah 360 darjah. Pernah mengalami jatuh bangun dalam dunia perniagaan sebelum ini, nyata Kak Wa tidak pernah serik untuk terlibat dalam dunia perniagaan.

 

“Dahulu saya ada banyak perniagaan. Saya ada restoran dan katering tetapi semakin besar perniagaan semakin banyak pula risiko yang perlu dihadapi. Mungkin rezeki saya bukan dalam bidang tersebut.”

 

“Bila saya lihat peluang perniagaan internet ini, saya percaya ianya mampu pergi labih jauh. Perbezaan yang paling ketara ialah ketika mengadakan bisnes konvensional, saya rugi masa dengan suami dan anak-anak, tetapi dengan bisnes sekarang, saya dapat wang dan masa bersama keluarga. Malah suami saya juga turut menyertai bisnes ini secara sepenuh masa,” tutur isteri kepada Abdul Razak Abdul Manap ini.

Kak Wa kini lebih banyak masa bersama keluarga

Istimewanya tentang perniagaan internet ini ialah bisnes ini boleh dijalankan di mana-mana sahaja dan beroperasi selama 24 jam. Dengan kemajuan teknologi, dunia kini tanpa sempadan.

 

“Bisnes ini juga sesuai untuk golongan pelajar kerana ia tidak mengganggu pembelajaran. Anak sulung saya turut menyertai bisnes ini dan hasilnya dia sudah mempunyai pendapatan sendiri walaupun masih bergelar seorang pelajar.”

 

“Konsep bisnes ini memberikan sistem komisyen. Pendek kata, ada kerja, ada gaji. Sebenarnya untuk berjaya, kita perlu ada sikap sanggup belajar dan boleh diajar. Dengan cara itu kita dapat mempertingkatkan skil dari semasa ke semasa,” ujar Kak Wa yang sudah dua tahun menjalankan bisnes internet ini.

 

Perlu Ikut Peredaran Masa

Tidak kira apa jua jenis perniagaan yang diusahakan mestilah ada matlamat. Inilah selalu ditekankan oleh Kak Wa kepada agen-agennya.

Kak Wa bersama agen-agen dibawah jaringannya

“Saya membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan lumayan. Uniknya tentang perniagaan ini ialah kami tidak memasarkan produk fizikal dan ia mudah untuk diuruskan. Buat suri rumah tangga, janganlah terlalu bergantung dengan suami. Berusahalah untuk punya pendapatan sendiri. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.”

 

“Jangan jadikan alasan tidak pandai menggunakan komputer dan internet, tidak suka berurusan dengan orang ramai dan seribu satu alasan untuk tidak menyertai perniagaan yang berkaitan dengan dunia siber. Kita perlu mengikut peredaran masa dan zaman. Bila melihat orang dibawah jaringan saya berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, ia merupakan satu kejayaan buat diri saya dan saya mahu membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih selesa,” ujar ibu kepada Tharra Sakinah, 20 dan Abdul Hakim, 13.

 

Menyentuh tentang persaingan, akui Kak Wa setakat ini memang tiada memandangkan produk yang ditawarkan amat berlainan dengan bisnes-bisnes lain. Hanya strategi diperlukan untuk meningkatkan pendapatan.”

 

“Dalam dunia siber, cabaran yang perlu dilalui ialah mendapat kepercayaan daripada orang ramai apatah lagi dengan lambakan bisnes siber sekarang ini. Oleh itu, dengan penjelasan yang tepat dan telus segalanya menjadi mudah.”

 

“Dengan pendapatan sehingga lima angka sebulan, kehidupan saya cukup selesa. Bagaimanapun, untuk perancangan masa depan, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan hartanah.”

 

# Sumber Artikel dari Mingguan Wanita, Bil. 1425 16-22 September 2011

# Anda berminat untuk mengikuti jejak langkah Kak Wa… Ayuh bersama saya di Lokasi berikut >> klik disini atau layari blog ini…

 

Cabaran 90 Hari | Transformasi Diri

18 Sep

Gagal bukan satu PILIHAN, selepas RAYA ni, pasti duit dah banyak dihabiskan…. Maka, inilah masa yang paling sesuai untuk kita sama-sama buat duit… dan tambah pendapatan..

ANDA berhak menjadi KAYA dan anda tidak berhak menjadi MISKIN… Dan kalau kita hidup di Malaysia ini, tetapi tidak KAYA adalah malang… Kenapa tidak KAYA?? Sebab kita TIDAK memperkayakan diri sendiri, setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperKAYAkan orang lain.. Setuju?

Sekiranya HIDUP anda buntu dan rasa tersepit atau anda masih tercari-cari haluan kehidupan – Luangkan MASA anda untuk bersama-sama kami di dua lokasi :-

1. Sahara Inn, Tanjung Malim, Perak | 17 & 18hb Sept 2011 | Jam 2-5 Petang

2. Dewan Pusat Dagangan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang | 1 & 2hb Okt 2011 | Jam 2-5 Petang

“Mintalah kepada Allah swt rezeki sebanyak-banyaknya dan jadilah kamu kaya dengan pemberian Allah. Jangan jadi miskin kerana miskin itu akan menyusahkan kamu. Miskin itu tidak bagus bagi kamu”

Berminat…? Hubungi saya di talian 013-9199684 untuk info lanjut… Jumpa anda di sana…

 
3 Comments

Posted in MEGA BOP

 

Tip Perniagaan: Teknik Mendapatkan Idea Perniagaan

10 Sep

Tahukah anda, satu teknik untuk mendapatkan idea perniagaan adalah dengan banyak berdialog dengan diri sendiri… dan orang lain!

Berdailog dengan diri sendiri: Ertinya, bercakap dengan diri sendiri. Berdialog dalam kepala anda. Apabila ternampak sesuatu perniagaan di keliling anda, bercakap dan tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan penting berikut:

  • Apakah kekuatan perniagaan tersebut? Bolehkah saya mulakannya? Apakah kehebatannya jika saya mulakan perniagaan ini? Apakah bezanya perniagaan ini dengan perniagaan yang lain?
  • Apakah kelemahan perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, apakah pembaikan yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh perbaiki kelemahan tersebut supaya boleh menjadi kekuatan?
  • Apakah peluang-peluang yang ada dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, adakah masih mempunyai peluang setelah dibaiki kelemahan? Bagaimana untuk mendapat peluang yang lebih dalam perniagaan ini – lokasi? pasaran berbeza? harga?
  • Apakah halangan dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya ingin mulakan perniagaan ini, apakah halangannya? mungkin dari segi modal, dari segi pesaingan, dari segi lokasi, dan sebagainya.

.

Senaraikan segala jawapan yang anda dapat ketika berdialog dengan diri sendiri, dan ini adalah analisis awal idea perniagaan anda!

Berdailog dengan orang lain: Selepas menjalankan brainstorming di atas, kini anda bersedia untuk melakukan perbincangan atau mendapat input orang lain. Berkongsi idea dengan orang lain adalah penting oleh kerana anda akan mendapat input dari pelbagai pihak – sama ada positif ataupun negatif. Setidaknya, anda akan dapat tahu sama ada idea yang anda fikirkan adalah bagus, ataupun anda hanya syok sendiri! ;)

Apa pun, nasihat akhir adalah untuk percaya pada diri anda sendiri. Sering terjadi, di mana orang lain tidak suka dan tidak setuju dengan idea perniagaan anda – tetapi, apabila dilakukan perniagaan tersebut mendapat sambutan yang amat hebat! Perniagaan BodyShop, Apple Computers, FedEx dan banyak lagi bermula dengan pelbagai input negatif orang lain… tetapi terbukti menjdi perniagaan yang berjaya sehingga hari ini. Tepuk dada, tanya selera! ;)

# Tips oleh Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi

 

Tips Motivasi | Bagaimana Untuk Berjaya

09 Sep

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera… Salam 1Malaysia…

Kepada Rakan Niaga Sixtyninez Group…

Dalam perjalanan kita ke puncak kejayaan, kita harus sentiasa motivasi diri kita & rakan niaga kita, sebab 80% kejayaan kita bergantung kepada kepada motivasi kita setiap hari. Jadi di sini, saya ingin memberi TIPS macam mana memotivasikan diri dan rakan niaga kita…

  • Baca Buku-Buku Motivasi – Terus ambil point-point yang terpenting dan terus gunakan point itu sebagai bahan percakapan dengan Agent & prospek-prospek baru.

 

  • Kita Mesti Memahami Tugas Kita Sebagai E-Networker -  Tugas kita adalah untuk meyakinkan prospek serta Agent terhadap anda, Ads4bucks. Maka, anda harus jadikan percakapan anda sebagai modal bisnes anda setiap hari. Anda perlu transfer motivasi serta kepercayaan anda kepada prospek dan rakan niaga anda. Bercakaplah benda-benda yang positif sahaja… Gunalah produk-produk Ads4bucks dan tools-tools sixtyninez, pasti anda dapat transfer aura yang positif. Beri prospek anda cuba produk-produk kita. Amalkan sikap pakai produk kita setiap hari. Pakai produk pun boleh dapatkan motivasi.

 

  • Hadir Setiap Program Sixtyninez Group, Ads4bucks Corporate Night -  Barulah anda berupaya transfer EXCITEMENT kepada mereka yang perlu… Bila hadir, jangan pergi dengan tangan kosong. Jemput agen-agen dan bawa mereka ke aktiviti-aktiviti. dan bawa buku catitan untuk catat idea-idea yang anda rasa bagus DAN TERUS GUNAKANNYA.

 

  • Motivasikan Ahli Keluarga Anda – Motivasi bermula dari anda kepada keluarga dan terus kepada jaringan anda. Caranya…? Jemput upline ke rumah, bawa keluarga ke aktiviti dan kenalkan mereka dengan pemimpin yang positif. Bayangkan bila mereka bermotivasi, sudah pasti keluarga anda bertambah bahagia dan menyokong anda…

 

  • Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Berilmu & Positif  -  Ambil gambar bersama Pemimpin Tertinggi (Top Leader). Buat album & tunjuklah kepada rakan niaga supaya anda sentiasa transfer excitement. Bersalamlah dengan mereka yang positif & amalkan sikap sanggup tanya apa-apa saja… Bersedia untuk belajar, diajar dan jangan kurang ajar…

 

  • Amalkan Semangat GEGO, Iaitu  GET UP & GO OUT – Tidak kira sama ada anda bosan atau tidak, ketika anda tengah rehat, anda TERUS BANGUN, & TERUS KELUAR UNTUK DAPATKAN PROSPEK ATAU BERJUMPA DENGAN UPLINE…

 

  • Pergi Bersenam/Bersukan/Latihan/Exercise, Main Game  dll -  Atau anda cuba buat shopping sampai cuma cukup duit untuk pulang. Maksud saya bukan pakai kad kredit. Beli suatu benda yang anda paling suka atau untuk orang yang paling anda sayangi. Puaskan hati anda, LEPAS TU ANDA KERJA SEPENUHNYA… Teknik ini teknik motivati diri yang lebih drastik sebab matlamatnya adalah untuk motivasikan diri ke tahap “urgent”. Atau Exerciselah sampai berpeluh. Atau ajak rakan niaga main game sama-sama & berpeluh sama-sama…

 

  • Senyumlah, Ketawalah Banyak-Banyak Setiap Hari -  Orang suka dengan orang yang HAPPY. So don’t worry, just be happy…!!! :)

 

  • Tonton DVD Sixtyninez Dan Pinjamkan Kepada Prospek & Jaringan Anda -  Baca Buku  Jutawan untuk motivasikan diri anda….

 

  • Semua Kejayaan Memerlukan Pengorbanan – Dan segala pengorbanan perlu dibuat dengan suatu ketekunan dan kesabaran. Sebab setiap tindakan yang konsisten dan keyakinan yang kukuh akan membawa kejayaan. Kekalkan tabiat pecah rekod peribadi setiap hari. Jangan asyik guna startegi yang sama. Jangan cari dan tunggu prospek yang sama. Jangan sesekali dipengaruhi oleh downline-downline yang tak sanggup dan tak nampak masa depan mereka akan bertukar bersama Sixtyninez Group. Teruskan perjuangan! jika berjuang biarlah berhabisan. Kalau tengok ular yang bahaya kita cari buluh. Kita pukul ular habis-habisan. Mungkin ular yang mati, mungkin buluh yang patah. Itulah maksud perjuangan sejati! GO BACK TO ZERO.

 

  • Sentiasa Cari Idea Baru Untuk Dapatkan Prospek Baru – Berani untuk berjumpa orang yang mempunyai ramai kawan atau kedudukan tinggi. Kejayaan tiada akhirnya dan kegagalan tidak akan selama-lamanya. Rezeki anda mungkin di depan anda. Ada yang berjaya cepat dan ada yang laju. Kolonel Sander dari KFC baru berjaya pada umur 60′an selepas gagal 1520 kali dengan formula KFCnya. Manakala Tiger Wood yang berjaya pada umur 20′an. Lihat ke arah pasaran baru. Percayalah anda mempunyai potensi untuk berjaya…! You are not alone… ANDA BOLEH! GO! GO ! GO Sixtyninez Group…

.

Ingatlah kata-kata saya, anda perlu dapatkan rasa “FEEL GOOD”, BARULAH ANDA BOLEH MOTIVASIKAN JARINGAN ANDA. Motivasi diri anda dengan slogan “We Lead While Others Follow”. Jadikan diri yang terbaik di antara keluarga anda. Pecah rekod dalam keluarga anda, terkaya sekali! Jadikan pecah recod salah satu matlamat hidup anda…!!! Ya , terus percaya!!! dan diberkati oleh-Nya, Go Go Sixtyninez Group… Go Go Ads4bucks…!!!

.

#  Sharing is Caring… & Loving…

 

Promosi Merdeka Raya | 28 Ogos – 14 Sept 2011

03 Sep

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan terhadap Pakej BRONZE, pihak Ads4bucks telah melanjutkan tempoh PROMOSI MERDEKA RAYA untuk Pakej ini sehingga 14 September 2011, jam 3.59 Petang

Untuk maklumat anda, Pakej Bronze ini akan di Auto-Upgrade kepada Pakej Platinum setelah tamat tempoh Promosi, iaitu pada jam 4 Petang, 14 September 2011…

 

Harga 1 BC Pakej Bronze = RM150

Potensi Bulanan = RM7 Ribu

 

# Ayuh… Jangan biarkan masa berlalu, bertindak sekarang untuk masa depan anda yang lebih baik… Hanya RM150 dan akan di Upgrade secara Automatik menjadi RM420

# Anda tidak akan rugi dengan mengeluarkan modal serendah RM150… Tetapi anda akan rugi jika membiarkan ia tanpa bertindak apa-apa

# Ya.. Saya ingin menyertainya sekarang… Klik disini untuk menyertainya…

 

Salam Aidil Fitri & Salam Kemerdekaan

30 Aug

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Salam 1Malaysia…

Sempena Syawal yang menjelma tiba, saya selaku Admin Blog, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada anda…

 

Mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang penulisan artikel saya di blog ini, sama ada sengaja mahupun tidak… Sekadar berkongsi peluang kepada anda…

 

“Sambutlah Syawal Dengan Rasa Syukur & Gembira”

Syukur kerana kita telah mengharungi Ramadhan dengan jayanya lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Gembira di atas kemenangan kita mengharungi ujian-ujian minda, fizikal & rohani dan meningkatkan mutu diri seterusnya kehidupan kita.

 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Semoga kita semua menghayati erti Kemerdekaan yang sebenar. Pada waktu yang sama, marilah kita memerdekakan diri kita dari cengkaman Kemelut Ekonomi, Jajahan Emosi & Minda. Semoga kita berjaya mendapatkan Kebebasan Kewangan, Masa & Ketenangan Minda.

 

Sekian,

Ikhlas dari…

Lokman Hakim a.k.a Luqiem

 

Promosi Merdeka Raya – Pakej Bronze Bucks | RM150/BC

29 Aug

Terkini. Pakej terbaru dikenali sebagai Pakej Bronze Bucks telah dilancarkan oleh Ads4bucks.com. Kini dengan bermodalkan  hanya RM150/BC (Business Center) anda mampu menjana pendapatan sehingga RM960 sehari dan RM7 Ribu sebulan…

 

Berikut merupakan Insentif untuk Pakej Bronze :-

  1. Direct Agent Commission = RM40
  2. Group Sales Incentive = RM10
  3. Registration Commission = RM5
  4. Overriding For Group Sales Incentive = 10% + 5%

 

Promosi MEREKA RAYA ADS4BUCKS (28 – 31 Ogos 2011)

Sempena sambutan Syawal dan Kemerdekaan ini, pihak Ads4bucks telah menawarkan Promosi Merdeka Raya kepada anda. Untuk anda yang menyertai Ads4bucks dengan Pakej Bronze sekurang-kurangnya 4BC Pakej Bronze (4BC x RM150 = RM600), Anda layak untuk Cabutan Bertuah Raya Bonanza 2011…

 

Untuk Agen Ads4bucks, guna peluang ini untuk anda tambah Akaun anda. Pakej Bronze yang didaftar dalam tempoh promosi ini akan di Auto-Upgrade kepada Pakej Platinum (RM420/BC) selepas 31Ogos 2011…

 
 
 

Bad Behavior has blocked 21 access attempts in the last 7 days.